sanya | sebenarnya, sesungguhnya: ~lah kata saudara hamba itu; bahawa~ bahawa sesung-guhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahawasanya | 1. bahawa; 2. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganggap | membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menganggap | membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. | Kamus Pelajar |
anggap I | ; menganggap membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. anggapan pendapat atau kesimpulan ttg sesuatu; pandangan; pendapat. beranggapan mempunyai anggapan; berpendapat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
anggap I; | menganggap membuat kesimpulan ttg sesuatu; berpendapat bahawa; memikirkan: Mereka ~ bahawa tindakan majikan itu bertentangan dgn persetujuan yg telah dicapai dahulu. anggapan pendapat atau kesimpulan ttg sesuatu; pandangan; pendapat. beranggapan mempunyai anggapan; berpendapat. | Kamus Pelajar |
menandakan | 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengakuan | 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
firasat | 1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; 2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati; berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2. meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alamat | 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan: burung berkicau ~ hari nak siang; ~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah); alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama; beralamat 1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap perbuatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem; mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat; mengalamatkan 1. menunjukkan alamat (tanda), memberi tanda bahawa: matahari telah condong ke barat sbg ~ hari sudah petang; 2. menujukan (surat dll): ~ surat kpd ahli-ahli pertubuhan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |