pulang pergi | pergi dan baik semula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sembuh | kembali menjadi sihat (bagi orang yg menghidap sesuatu penyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. | Kamus Pelajar |
sembuh | kembali menjadi sihat (bagi orang yg menghidap sesuatu penyakit); baik semula; pulih: Lukanya sudah ~. menyembuhkan mengubati sehingga sembuh; menjadikan sembuh: Taj-ul-Muluk pun pergilah mengembara mencari ubat utk ~ penyakit ayahandanya. kesembuhan keadaan atau hal sembuh: Rawatan itu tidak menjamin ~ sepenuhnya. penyembuhan perbuatan atau hal menyembuhkan: Mereka berusaha mencari kaedah ~ yg berkesan utk penyakit itu. penyembuh ubat atau sesuatu yg menyembuhkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertelagah | 1 berlainan pendapat; berselisih faham: Kedua-dua pihak yg ~ itu dinasihati supaya berbaik-baik semula. 2 saling menuturkan sesuatu utk menegakkan kebenaran masing-masing; bertengkar; berbalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telagah | ; bertelagah 1 berlainan pendapat; berselisih faham: Kedua-dua pihak yg ~ itu dinasihati supaya berbaik-baik semula. 2 saling menuturkan sesuatu utk menegakkan kebenaran masing-masing; bertengkar; berbalah. pertelagahan perbuatan atau perihal bertelagah; pertengkaran; perbalahan: Ayah mencuba menyelesaikan ~ antara mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pergi | berjalan ke tempat lain; meninggalkan tempat yg mula-mula: Dia ~ ke pasar. pulang ~ pergi dan baik semula. ~ dahulu a. pergi terlebih dahulu. b. meninggal dunia; mati. ~ haji menunaikan fardu haji di Mekah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telagah; bertelagah | 1 berlainan pendapat; berselisih faham: Kedua-dua pihak yg ~ itu dinasihati supaya berbaik-baik semula. | Kamus Pelajar |
pulih | kembali spt sediakala; sembuh atau baik semula (bkn penyakit): Kesihatannya ~ kembali. memulihkan mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. pemulihan hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pulih | kembali spt sediakala; sembuh atau baik semula (bkn penyakit): Kesihatannya ~ kembali. memulihkan mengembalikan kpd keadaan yg semula; membaikkan; menyembuhkan: Kamu perlu berehat utk ~ kesihatan kamu. pemulihan hal atau perbuatan memulihkan sesuatu: ~ perlembagaan telah dirangka dan akan dilaksanakan selepas peperangan tamat. pusat ~ pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu. | Kamus Pelajar |
pulih I | kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll), menjadi baik (baharu lagi): kesihatannya ~ semula; keadaan sudah ~ spt sediakala; penghidupan telah ~ sedikit; perhubungan mereka ~ spt biasa; keberaniannya kembali ~ keberaniannya datang semula; pulang ~ pulih semula; memulihkan 1. mengembalikan kpd keadaan yg semula, membaikkan, menyembuhkan: menawarkan khidmatnya utk menolong ~ keadaan; masa lapangnya digunakan utk menolong ~ akhlak budak-budak jahat; bagaimana kita ~ barang-barang yg rosak itu?; berusaha ~ lagi organisasi kaum buruh; 2. memberi kembali (kpd tuannya), memulangkan, mengembalikan: ia ~ barang itu kpd tuannya; kepulihan keadaan pulih; pemulihan perbuatan memulihkan, pengembalian kpd keadaan yg semula, pemulangan atau pengembalian (hak, harta benda, dll): rundingan ~ hubungan antara dua negara yg bersengketa; satu lagi cara ~ buku drpd rosak ialah dgn menggunakan plastik; sekiranya ini tidak dilakukan kerja-kerja ~ tanah perlu dilakukan; ~ harga pengembalian harga drpd paras yg lebih rendah (akibat berlakunya kemerosotan harga) kpd keadaan sebelumnya atau paras yg lebih tinggi; pemulih alat utk memulihkan: injap ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |