nyiru | sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sepasin | Mn kepompong sibur-sibur; ~ dapat bersiang prb mendapat keuntungan dgn tidak disangka-sangka; bersurih bak ~, berjejak bak berkik, berbau bak embacang prb mempunyai bukti (tanda) yg sahih bkn sesuatu kejahatan (kesalahan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melalah | memburu, mengejar; bak menanti orang dahulu, bak ~ orang kemudian prb membuat kerja yg sia-sia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalah II | Mn; melalah memburu, mengejar; bak menanti orang dahulu, bak ~ orang kemudian prb membuat kerja yg sia-sia; terlalah terburu-buru, terkejar-kejar; ~ terkejar tertangkap sewaktu melakukan kejahatan (tanda bukti hukum). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjur I | maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh; beranjur mulai berjalan (melangkah dll); menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke hadapan; 2. beranjur; menganjuri mendahului (dlm sesuatu pekerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombongan tunjuk perasaan; menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; teranjur ark terlanjur; anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan matlamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengahkan pelbagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langau | sj lalat (pikat) besar yg menggigit; ~ hijau lalat yg berwarna hijau dan berdengung-dengung bunyinya; bagai ~ di ekor gajah prb orang yg menurut kemahuan orang besar atau orang yg pandai; hinggap bak ~ titik bak hujan = hinggap saja bagai ~ prb sesuatu yg berlaku dgn tibatiba; masuk ~ ke mulutnya prb terlalu hairan sehingga ternganga mulutnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datar | (sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah; tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit); ~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil; sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin; mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara melintang, menegak, ~ atau statik; mendatarkan menjadikan datar, meratakan: kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah; dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerataan; pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan (meratakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bak | seperti; sebagai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bak VI | Kl besar atau bengkak (bkn kaki, betis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bak V | bp beri, kasi: ~ aku barang yg engkau pegang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |