Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balai I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
balai-balai1. balai kecil yang digunakan oleh bomoh (pada masa mengubati orang dan lain-lain); 2. Jw bebalai.Kamus Dewan Edisi Keempat
balai1 bangunan dlm lingkungan istana: ~ bendul; ~ gambang. 2 rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: ~ polis pejabat polis di sesuatu tempat. ~ raya rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. ~ cerap bangunan yg dilengkapi peralatan tertentu utk membolehkan ahli sains dsb membuat pemerhatian dan ramalan terhadap fenomena cuaca, kedudukan atau keadaan bintang dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
halai- balai1 kacau-bilau; tidak ketahuan; kusut. 2 tidak dijaga dgn baik; terbiar; terlantar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
halai-balai1. kacau-bilau, kusut (tidak ketahuan); 2. tidak terpelihara (terselenggara, terbela, dll), terlantar, terbiar; menghalai-balaikan 1. mengacaukan, me­ngusut­kan; 2. mengabaikan, melalaikan, men­sia-siakan: hanya saya berharap supaya Balai Pustaka jangan dihalai-balaikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
balai I1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
astaka1 = balai ~ balai di istana. 2 balai sementara tempat mengadakan pertandingan, pameran dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gerai I1. sl pelamin (tempat mempelai bersanding); 2. balai-balai (tempat duduk atau tidur), bangku; 3. bangku (meja) tempat menjual barang, kedai (kecil): ~ surat khabar dan buku-buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
balai1. bangunan dlm lingkungan istana: <i>~ bendul; ~ gambang.i> 2. rumah atau bangunan yg dibuat khas utk sesuatu tujuan: <i>~ polisi> pejabat polis di sesuatu tempat. <i>~ rayai> rumah khas tempat orang-orang kampung mengadakan pertemuan dsb. balai-balai sj tempat duduk atau tempat tidur yg dibuat drpd kayu atau buluh.Kamus Pelajar
ceruk1 sudut atau penjuru dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur. 2 lubang atau liang pd dinding (tanah, timbunan barang dsb); ruang di bawah sesuatu (balai-balai dsb). 3 lekuk di geladak perahu dll. 4 teluk kecil. 5 tempat-tempat yg terpencil: Ada antaranya yg ditukarkan ke ~ negeri dan ada pula yg dipenjarakan. terceruk berada (duduk) di ceruk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pancapersada1 balai bertingkat-tingkat tempat raja bersemayam dll. 2 tempat mandi yg dibuat bertingkat-tingkat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas