bangkangan | kata-kata atau pernyataan utk membangkang: Dgn lantang, dia menyuarakan ~nya dlm mesyuarat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bangkangan | perkara yg dibangkang: parti itu telah mengemukakan ~ keras terhadap rancangan kerajaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
intikad | Ar bangkangan, bantahan, kritikan, sanggahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkang I | ; membangkang membantah, menyanggah, menentang: pekerja-pekerja ~ majikan mereka;bangkangan perkara yg dibangkang: parti itu telah mengemukakan ~ keras terhadap rancangan kerajaan;pembangkang 1. orang yg membantah (melawan, menentang): parti-parti ~ mencela tindakan kerajaan; 2. ark orang yg merintangi kemajuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkang | ; membangkang mengatakan tidak setuju dgn; membantah: Kaum-kaum lain di Malaysia tidak ~ bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi sesudah tahun 1967. bangkangan kata-kata atau pernyataan utk membangkang: Dgn lantang, dia menyuarakan ~nya dlm mesyuarat itu. pembangkang orang yg membangkang; pembantah: Akhir-akhir ini, beberapa buah parti ~ telah bersetuju dgn tindakan kerajaan utk mengadakan kerajaan campuran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |