bursa | tempat memperjualbelikan syer (saham, barangan dsb); pasar saham (barangan). ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit dan getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bursa | tempat memperjualbelikan syer (saham, barangan dsb); pasar saham (barangan). | Kamus Pelajar |
kod bar(bar code) | Kod perduaan optik yg digunakan untuk melabelkan barangan. Maklumat seperti jenis barangan, harga, jumlah stok dapat dikodkan dalam bentuk garis-garis. | Kamus Komputer |
barangan | ist benda atau perkhidmatan yg diperjualbelikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
barangan | (Eko) benda atau perkhidmatan yg dijualbelikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
industri | perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju; ~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ kecil dan sederhana perusahaan yg pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna; mengindustrikan menjadikan industri; perindustrian perihal industri, yg berkaitan dgn industri: negara ~ negara yg kehidupan sebahagian besar drpd penduduknya bergantung pd industri; pengindustrian usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan memajukan perusahaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawalan mutu | pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kawalan mutu | pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkatalogkan | 1. menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan katalog barangan yg berkenaan; 2. membuat klasifikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusat (kedai dsb) sehenti | pusat, kedai dsb yg menyediakan pelbagai perkhidmatan atau barangan yg diperlukan pelanggan di satu tempat: Pelbagai barangan dpt dibeli di pusat ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |