baru II | 1. sj tumbuhan (pokok yg berbunga), baru-baru, bebaru, Hibiscus tiliaceus; ~ gunung sj tumbuhan (pokok), Hibiscus similis; ~ landak sj tumbuhan (pokok), Hibiscus mutabilis; 2. sj tumbuhan (pokok), ~ laut sj tumbuhan (pokok), Thespesia populnea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulam II | ; menyulam 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; menyulami ki menyelang dgn, menyelingi: guru ~ percakapannya dgn memberikan kerja yg mudah; cerita-cerita ini memberi peluang utk disulami dgn tarian; sulaman ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat memuaskan selera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rengkung II | 1. pembuluh (pd leher) yg menyalurkan makanan masuk ke dlm usus besar: ~nya bergerak ke bawah menolak ubat-ubat yg baru ditelan; 2. lekum, tenggorokan; ® kerongkong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lunas II | terbayar (ttg hutang); langsai; selesai: Hutangnya di kedai itu baru ~. melunaskan 1 membayar hutang dll hingga habis; menjelaskan; menyelesaikan. 2 menunaikan janji (kewajipan dsb). 3 menebus kesalahan dll: ~ dosa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sendi II | 1 = batu ~ batu yg digunakan utk mengalas tiang rumah. 2 ki sesuatu yg digunakan sbg dasar; asas: Rukun Negara dijadikan ~ pembangunan masyarakat baru. bersendi memakai batu sendi: Rumah kampung kebanyakannya tidak ~. bersendikan 1 mempunyai sesuatu sbg sendi: Rumah itu ~ batu. 2 menggunakan sesuatu sbg dasar atau sbg pegangan; berasaskan: Gerakan politik yg ~ ajaran Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dalam II | 1. antara, di kalangan: ~ mereka yg bertiga belas itu ada yg bergirang-girang; 2. di dalam (bukan di luar lingkungan dsb sesuatu): ~ Wilayah Persekutuan; ~ bidang mata pelajaran tersebut; 3. sambil: ~ kita berharap keadaan akan bertambah baik kita mesti juga beringat-ingat; 4. pd waktu (tertentu): kita berharap keadaan akan bertambah baik ~ tahun hadapan; dia masih ~ pantang lagi; ~ idah masa belum boleh berkahwin lain (bagi perempuan yg baru menjadi janda); ~ negeri (dlm) lingkungan sesebuah negeri itu sahaja; ~ tangan dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; ~ dua tengah tiga prb tidak jujur; kilat di ~ kilau prb tujuan (maksud) yg terkandung dlm percakapan atau tingkah laku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curiga II | 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wasangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
SSM II | kep Sistem Saraan Malaysia, iaitu sistem perkhidmatan awam bagi kakitangan kerajaan, yg menggantikan Sistem Saraan Baru mulai 1 November 2002, yg berteraskan kompetensi dlm pengurusan sumber manusia, penilaian tahap kecekapan, serta menggalakkan pembelajaran secara berterusan di kalangan staf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik II | 1. tanda yg bulat halus (utk menunjukkan tempat berhenti membaca, tempat tumpuan, dll), noktah: di hujung tiap-tiap ayat hendaklah dibubuh ~; 2. ki sesuatu (keadaan, perkara, hal, ketika, dll) yg penting (khusus, menarik perhatian, dll): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu ~ pengertian; pd satu ~, pengiktirafan dan mutu tidak dapat dipisahkan; ~ api Id tumpuan pertemuan sinar yg dibalikkan atau dipecahkan oleh kanta; ~ bengik kecil, remeh, tidak penting: jangan terlalu cenderung dgn hal-hal yg ~ bengik; ~ ber-tindih tanda yg terdiri drpd dua titik bertindih (tanda :) digunakan dlm penulisan sebelum memperkenalkan atau menyenaraikan sesuatu; ~ cuali = ~ neutral (Fiz) suatu tempat di antara dua kutub magnet di mana tidak terdapat medan atau kesan magnet; ~ didih Id tingkat suhu apabila sesuatu cecair mendidih; ~ dua titik (noktah) bertindih (tanda :); ~ kata kata pemutus, keputusan; ~ koma tanda koma dgn titik di atasnya, koma bernoktah (tanda ;); ~ mata a) titik (tempat) pd sesuatu yg menjadi tumpuan pelihatan mata; b) ki sesuatu yg menarik perhatian (minat) orang ramai; ~ menengah ark titik pusat; ~ pangkal = ~ tolak perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dll); ~ peralihan sesuatu yg menjadi atau menandakan permulaan sesuatu per-ubahan atau perkembangan baru; ~ permulaan sesuatu (hal, keadaan, kejadian, kejayaan, pengemukaan, dll) yg menjadi punca atau asas utk mencapai sesuatu yg lebih besar (yg selanjutnya); ~ perpuluhan tanda titik di antara dua rangka yg mengasingkan angka se(satuan) dgn pecahan perpuluhan; ~ persamaan unsur-unsur (bahagian-bahagian) yg menampakkan persamaan (antara beberapa pendapat dll); ~ persilangan (Mat) tumpuan pd persilangan dua garis (tempat bersilang dua garis); ~ pusat Id titik di tengah-tengah bulatan dll; ~ sentuh (Mat) tumpuan (tempat) garis kena (ber-sentuh) pd sempadan (batas) bulatan; ~ tolak = ~ pangkal; tidak tentu ~ komanya ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); menitik membubuh tanda titik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulam II | ; menyulam 1 mengganti pokok-pokok yg mati dgn pokok-pokok yg baru; menyilih. 2 ki menyelang sesuatu perbuatan dsb dgn sesuatu yg lain: Dia pandai sungguh ~ ceramahnya dgn cerita yg lucu-lucu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |