baruh | (kawasan) tanah yg lebih rendah letaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baruh II | Jh cempedak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baruh I | 1. bawah: di ~ bukit; 2. tanah yg di sebelah bawah (hilir, dekat pantai): orang ~; 3. Kl sawah: padi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baruh | (kawasan) tanah yg lebih rendah letaknya. | Kamus Pelajar |
sempuh baruh | sj tumbuhan (pokok me-manjat), akar darah, akar kenanga, akar pisang-pisang, akar sesugi, merpisang, tepang, Desmos chinensis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempuh | ; ~ baruh sj tumbuhan (pokok me-manjat), akar darah, akar kenanga, akar pisang-pisang, akar sesugi, merpisang, tepang, Desmos chinensis; ~ padi sj tumbuhan (pokok kecil), jarum-jarum rimba, kemenang, randa hutan, ulai-ulai, Randia scortechinii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencondong | menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tohok I | 1. sj tombak (tempuling) yg dibubuh tali; 2. tusukan tombak yg miring dan arah ke bawah; ~ tunggang ke baruh (bawah) prb, Mn mudah mencelakakan orang yg di bawah perintahnya; ~ raja tiada dapat dielakkan prb kehendak orang besar tidak dapat ditolak; menohok menusuk miring (dgn tombak dll) arah ke bawah; ~ kawan seiring prb mencelakakan kawan sendiri; ~ sepeninggal ciling prb sudah selesai pekerjaan baru teringat bagaimana yg baik mengerjakannya; menohokkan melemparkan (menusukkan) tombak dll arah ke bawah; ~ lembing ke semak prb (pekerjaan yg) sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
darat | 1 tanah sbg lawan laut, air atau udara: angkatan ~ tentera yg bertugas di darat saja. 2 kawasan tanah yg tinggi (lw baruh): Ia ke ~ utk mencari kayu. 3 kawasan tanah pedalaman (lw tanah pantai); hulu negeri. mendarat 1 turun dr kapal atau dr perahu; naik ke darat: Tentera musuh telah ~ di pantai timur. 2 turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): Kapal terbang MAS telah ~ di Kota Kinabalu. 3 pergi ke kawasan pedalaman: Mereka ~ mencari rotan. 4 mengikut (melalui) jalan darat: Saya lebih suka belayar drpd ~. mendaratkan menurunkan atau menaikkan ke darat; membawa ke darat: Kapal Malaysia Baru telah ~ jemaah haji di Judah. daratan kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. pendaratan 1 perbuatan mendarat atau mendaratkan: ~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan. 2 tempat mendaratkan perahu dll. pendarat alat-alat (perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: kapal ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
darat I | 1. tanah (sbg lwn laut atau air), tanah (sbg lwn udara); angkatan ~ = tentera ~ tentera yg bergerak (bertempur dsb) di darat; 2. kawasan tanah yg tertinggi (lwn baruh): jalan yg di sebelah ~ sana lebih baik drpd jalan ini; 3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lwn pantai): anak isterinya sudah ditumpangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi; ~-darau kawasan-kawasan yg tertinggi atau yg terletak di pedalaman; di laut angkatan, di ~ kerapatan prb kekuatan di laut bergantung pd angkatan perang, kekuatan di darat bergantung pd persatuan; mendarat 1. turun dr kapal (perahu dsb) dan naik ke darat: tentera Jepun sudah ~ di Jawa; 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yg tebal; 3. pergi ke kawasan (daerah) pedalaman: setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~; 4. Mn pergi melalui (jalan) darat: lebih selamat kita ~ sahaja drpd belayar; mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat): Bujang berjalan perlahan-perlahan meredah di dlm semak-semak menuju ke kawasan yg biasa didaratinya; Tanah Melayu sudah didarati Jepun; mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat: Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat; juruterbang itu berjaya juga ~ kapal terbangnya walaupun cuaca amat buruk; daratan kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; pendaratan 1. perihal mendarat atau mendaratkan: kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya; pendarat alat (peralatan, perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: kapal ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |