batang tenggorok | saluran udara dr halkum ke paru-paru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batang tenggorok | merih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cawang | bahagian drpd sesuatu yg lebih besar, cabang; ~ tenggorok cabang batang tenggorok; cawangan 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang; pencawang stesen tempat arus (voltan) elektrik yg diterima dr stesen penjana diubah bentuk utk disalurkan kpd pengguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bronkus | (Bio) salah satu drpd dua cabang utama batang tenggorok (dlm paru-paru). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
trakea | (trakéa) (Bio) tiub yg menyalurkan udara masuk ke dalam paru-paru vertebrat, batang tenggorok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabang tenggorok | bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabang I | 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn melekapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggorok | kerongkong; batang ~ saluran udara dr halkum ke paru-paru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batang I | 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |