Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batas 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sempadan1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.Kamus Dewan Edisi Keempat
had1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
batas1. garis pinggir sesuatu bidang (daerah dll): sampai di sinilah ~ kebun saya; 2. permatang (sawah, tempat menanam): satu jenis orkid tidak boleh ditanam di atas ~; 3. had atau paras sesuatu yg paling tinggi, matlamat atau ketentuan (yg tidak boleh dilampaui): pekerjaan yg diberikan melewati ~ kemampuannya; 4. hingga, sampai: dr pinggir leher hingga ~ perut; ~ ban Kd tanah yg ditambak (tempat berjalan); berjalan sampai ke ~, belayar sampai ke pulau prb sesuatu usaha hendaklah kpd yg dimaksudkan;berbatas 1. mempunyai batas, mempunyai permatang: tanah yg belum ~ itu tidak dapat ditanami padi; ~ dgn berbataskan; 2. berhad, tersekat: kekuasaan yg tiada ~;berbatasan mempunyai batas (sempadan) yg sama: sawah saya ~ dgn sawahnya;berbataskan mempunyai sesuatu sbg batas: negeri itu di sebelah utara ~ laut;membatas menjadi (spt) batas (ceraian, sekatan, dll): sebuah jalan ~ antara kedua-dua bidang sawah itu;membatasi 1. membuat batas, memberi batas: sungai itu ~ taman; 2. mengantarai, memisahkan, menceraikan: tirai itu ~ tempat laki-laki dan perempuan; 3. mengehadkan, menyekat, merintangi: soal menambah atau ~ keturunan harus dipertimbangkan masakmasak; 4. menghuraikan, (dgn tepat) memberi definisi: ~ makna kata maujud;terbatas terhad, tersekat, tidak luas: pengorbanan yg saya maksudkan bukan hanya ~ kpd harta benda sahaja;keterbatasan perihal (keadaan dsb) terbatas: dlm ~ waktu, saya hanya dapat mengemukakan apa yg menarik perhatian saya; ~ ruang utk pelakon bergerak; ~ pengetahuan; ~ kefahaman orang awam;batasan 1. batas, sempadan; 2. sesuatu atau keadaan yg menyekat: dlm ~-~ yg ada, pengarang telah cuba memilih esei-esei yg membincangkan isu-isu ekonomi yg dianggap penting; 3. huraian makna sesuatu, definisi;perbatasan sempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan: pasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-Selangor;pembatasan perihal (tindakan dsb) membatasi: ~ kelahiran anak telah mulai dijalankan di India;pembatas orang atau sesuatu (spt alat dll) yg membatasi: mereka tetap dlm kesukaan dan kegembiraan yg tidak mengenal ~ waktu.Kamus Dewan Edisi Keempat
batas1 bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga sbg tempat berjalan: Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~. 2 bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam. 3 garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor. berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1 menentukan atau menandai batas sesuatu: Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2 memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3 menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan: Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: Wang perbelanjaan saya ~ pd RM100/- tiap-tiap bulan. batasan 1 batas; sempadan. 2 had; sekatan. berbatasan 1 ada atau mempunyai batasan. 2 mempunyai batas (sempadan) yg sama: Rumah saya ~ dgn rumahnya. perbatasan batas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand. pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
batasan1 batas; sempadan. 2 had; sekatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peringkat1. batas yg sudah dicapai (dlm se­suatu kerja, kegiatan, perundingan, dll), ting­kat (dlm perkembangan sesuatu), tahap: kerja membuka ladang baru itu sudah sampai ke ~ akhir, iaitu memulakan penanaman pokok getah dan lain-lain; 2. bahagian (darjat, ke­las, taraf) sesuatu kedudukan (keadaan, ke­majuan, dll): kerajaan mempertimbangkan kepentingan rakyat yg di ~ rendah serta yg berkedudukan tinggi; berperingkat bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; berperingkat-peringkat peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; memeringkatkan menjadikan peringkat, membahagikan atau menyusun dsb mengikut peringkat-peringkat tertentu: pelajaran yg diberi hendaklah diperingkatkan menurut kebolehan murid-murid; pemeringkatan perbuatan memeringkatkan sesuatu: sebilangan kecil negara saling bertindak tanpa adanya satu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
batasan1. batas, sempadan; 2. sesuatu atau keadaan yg menyekat: dlm ~-~ yg ada, pengarang telah cuba memilih esei-esei yg membincangkan isu-isu ekonomi yg dianggap penting; 3. huraian makna sesuatu, definisi;Kamus Dewan Edisi Keempat
perenggan1. batas, perhinggaan, sempadan: pergaulan bebas haruslah ada ~nya; ~ negeri sempadan negeri; 2. had, takat: apabila air pasang paras air di pantai ini naik ke ~ pinggang; 3. bahagian drpd muka atau bab dlm buku (rencana dll) yg terdiri drpd beberapa baris, paragraf: tiga ~ di atas menghuraikan latar belakang masalah ini; syarat-syarat yg diperlukan ada dinyatakan dlm ~ kedua bab pertama; berperenggankan berbataskan, bersempadankan; memerenggankan 1. mengehadkan, mem­bataskan; 2. membahagikan sesuatu (mis teks) kpd beberapa perenggan; pemerengganan proses atau perbuatan me­merenggankan sesuatu: penggunaan tanda baca dan ~ yg wajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
batas1. bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga tempat berjalan: Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~. 2. bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam. 3. garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor. berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1. menentukan atau menandai batas sesuatu:Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri. 2. memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor. 3. menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan:Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport. terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: Wang perbelanjaan saya ~ pd RM10/- tiap-tiap bulan. batasan 1. batas; sempadan. 2. had; sekatan. berbatasan 1. ada atau mempunyai batasan. 2. mempunyai batas (sempadan) yg sama: Rumah saya ~ dgn rumahnya. perbatasan batas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand. pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas.Kamus Pelajar
terhad1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas