bati | ; sebati (amat) sesuai atau mesra, bersatu padu (sehingga sukar memisahkan atau mengasingkannya): bau itu sudah ~ benar dgn hidungnya;bersebati sudah menjadi sebati;menyebatikan menjadikan sebati;sebatian campuran dua unsur atau lebih menjadi satu;kesebatian perihal atau keadaan sebati;penyebatian perbuatan atau proses menyebatikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebati | betul-betul bergaul (meresap dsb); sangat mesra: Kacau adunan itu hingga ~. bersebati bergaul (bercampur) hingga menjadi sebati; berpadu. menyebatikan menjadikan sebati. sebatian bahan yg terdiri drpd dua unsur atau lebih yg berpadu secara kimia. persebatian hal atau keadaan bersebati: ~ ini berlaku apabila ada tenaga. penyebatian proses atau perbuatan menyebatikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyawa | roh yg ada dlm tubuh manusia, haiwan dll ketika hidup; jiwa: ~nya melayang. ~-~ ikan hampir-hampir mati. bernyawa mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. senyawa sudah menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina); berpadu benar; sebati. bersenyawa 1 menjadi satu; bersebati: Hidrogen dan oksigen kalau dicampurkan, ~ menjadi air. 2 menjadi satu (bkn gamet jantan dgn gamet betina). mensenyawakan menjadikan senyawa; menjadikan sebati.mempersenyawakan menjadikan bersenyawa; menjadikan bersebati. persenyawaan 1 perbuatan atau hal bersenyawa; perpaduan. 2 proses yg melibatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |