Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bauan, bau-bauan

Peribahasa

Jika bunga tak hendak dipersunting,
     boleh dibuat peraksi kain.

Bermaksud :

Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bau-bauansegala yg berbau harum.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bau-bauansegala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
bau-bauansegala yg berbau harum.Kamus Pelajar
bau Isesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempaussj bau-bauan (utk rokok dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
harum-harumanbau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
ganda IIsl bau (yg harum), bau-bauan.Kamus Dewan Edisi Keempat
atar, = air (minyak) ~ bau-bauan yg harum (terutama yg dibawa dr Timur Tengah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
haruman, harum-haruman bau-bauan yg wangi: ia tidak suka dgn kuih-kuih yg berbau minyak sapi, mentega, dan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kasai I1. sj bau-bauan yg dipakai utk mencuci rambut; 2. sj bedak basah yg wangi (utk mengĀ­gosok dan mengharumkan kulit badan); berkasai bergosok dgn menggunakan kasai.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas