baucar | 1 surat tanda pembayaran wang. 2 kepingan kertas kecil yg melayakkan pemiliknya mendapat potongan harga atau boleh ditukar dgn barangan lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baucar | 1. dokumen yg menunjukkan bahawa wang telah dibayar bagi barang-barang dll yg telah diterima: semua perbelanjaan runcit hendaklah dibuat melalui buku, dan pembayaran hendaklah disokong oleh ~ ataupun resit; 2. dokumen yg boleh ditukarkan dgn barang-barang atau perkhidmatan tertentu; ~ hadiah; ~ diskaun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baucar | surat tanda pembayaran wang. | Kamus Pelajar |
audit baucar | pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfailkan | 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
audit | (Eko) pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun); ~ awal audit yg mula dilakukan sebelum tahun perakaunan yg diaudit itu berakhir; ~ baucar pemeriksaan dokumen asal (spt invois, surat perjanjian, pesanan belian, dll) utk membuktikan sahih tidaknya sesuatu urus niaga sebelum bayaran dibuat; ~ bebas audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk mendapatkan pandangan tentang penyata kewangan sesebuah organisasi; ~ berkala audit yg dilakukan oleh juruaudit luar utk setiap tempoh perakaunan tertentu (spt setiap setengah tahun dan setahun); ~ berkanun audit bebas yg dilakukan pd sesebuah organisasi spt yg diperuntuk oleh undang-undang; ~ bersama audit yg dilakukan secara bersama oleh dua firma audit atau lebih; ~ dalam = ~ dalaman pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri utk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dgn betul; ~ hujung tahun audit yg tertumpu pd penentuan tepat tidaknya baki akaun yg terdapat dlm kunci kira-kira; ~ personel (Tadb) audit pd sumber manusia dlm sesebuah organisasi biasanya dilakukan oleh pihak luar, yg meliputi aspek kesesuaian kelulusan staf dgn pekerjaannya, kesesuaian gaji dgn tugas yg dilakukan dsb; mengaudit memeriksa dan mengesahkan kira-kira (akaun): kira-kira yg telah disediakan itu perlu diaudit sebelum dapat diterima; pengauditan pemeriksaan dan pengesahan kira-kira (akaun). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fail | 1. kotak, sampul surat besar, kad berlipat, tempat surat dsb disimpan secara tersusun: surat-surat itu disimpannya hati-hati dlm ~; 2. maklumat atau dokumen tentang sesuatu perkara, seseorang, dsb; 3. (Komp) sekumpulan data atau maklumat yg berkaitan dsb yg mempunyai nama tertentu dan dianggap sbg suatu unit storan;berfail-fail beberapa banyak fail: dia perlu menyemak ~ surat yg ada di atas mejanya sebelum pergi bercuti; memfailkan 1. memasukkan ke dlm fail, menyimpan dlm fail: tiap-tiap baucar itu dinombori dan difailkan; 2. mengemukakan sesuatu (permohonan, aduan dsb) secara rasmi supaya dapat didaftarkan: kami akan ~ notis utk mendapatkan satu tarikh perbicaraan; dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu di Mahkamah Shah Alam;pemfailan proses (perbuatan dsb) memfailkan: sistem ~ juga lebih baik kerana semuanya tersimpan di dlm komputer; ~ surat penting harus dibuat secara sistematik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |