Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : campur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baur I


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lakurbercampur atau bersebati (logam dll), bersatu; ~ baur bercampur baur; melakurkan mencampurkan atau menyebatikan (logam dll dgn meleburkannya): platinum boleh dilakurkan dgn kaca; terlakur telah bersebati benar-benar; lakuran campuran (logam dll), sebatian; pelakuran proses atau perbuatan melakur­kan: ~ beberapa jenis logam yg berlainan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campur baur; bercampur baur 1 bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2 berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lakur baurbercampur baur;Kamus Dewan Edisi Keempat
campur baur;bercampur baur 1. bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2. berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: <i>Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu.i>Kamus Pelajar
campur baurcampur aduk; bercampur baur bercampur aduk; mencampurbaurkan mencampuradukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kacau I1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak ten­teram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. ber­campur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosak­kan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
baur; berbaur 1 bercampur antara satu dgn yg lain (terutama ttg gas, cairan, perasaan dll): Minyak dgn air tidak mungkin ~. 2 bergaul (dgn); berbaik-baik (dgn): Jika ~ dgn orang jahat, kita pun akan dianggap jahat. 3 hidup sbg suami isteri; berkahwin. membaurkan 1 menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2 membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3 mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor. bauran apa-apa yg berbaur; campuran. perbauran keadaan atau hal berbaur; percampuran. pembauran hal atau proses membaurkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
baur panahkayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg tajam);Kamus Dewan Edisi Keempat
baur IIIark sj pedang kebesaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
baur panahkayu (buluh) tempat merentangkan tali panah.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas