ruas I | bahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati; bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~ nya prb perihal seseorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar; beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak ~ buluh yg tidak ada ruasnya; peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumpun-rumpun | 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berumpun | , berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpak I | Mn 1. kumpulan beberapa benda (tumbuh-tumbuhan, belukar, dll), kelompok; 2. kawasan besar yg terdiri drpd beberapa kawasan yg lebih kecil, bidang (yg terdiri drpd beberapa bidang kecil): beberapa ~ sawah, dan sebuah gong pusaka telah tergadai ke tangan orang lain; bertumpak-tumpak 1. berkelompok-kelompok (awan di langit dll), bertompok-tompok; 2. tidak rata, tidak sekata (warna dll): padi masak ~; 3. banyak dan luas sekali (tanah), berkeping-keping: kebun kelapanya ~, ternakannya banyak kembang biak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beberapa ruas lemang | beberapa batang lemang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gabungan | 1 kumpulan sesuatu yg diberkas; ikatan: Penyapu ini kecil benar ~nya. 2 persatuan beberapa kumpulan atau beberapa persatuan lain: ~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung. 3 sesuatu (perkataan dll) yg telah digabungkan. ~ kata kumpulan beberapa kata yg membentuk kata majmuk, simpulan bahasa, rangkai kata, frasa dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkas | ikatan beberapa benda, spt kayu api; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan: Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ratus | bilangan seratus-seratus: se~ bilangan yg banyaknya sepuluh kali sepuluh. beratus-ratus beberapa ratus. ratusan 1 beberapa ratus; beratus-ratus. 2 angka yg menduduki rumah ratus pd bilangan yg terdiri drpd tiga angka atau lebih: Pd bilangan 233, ~nya ialah 2. peratus drpd seratus: sepuluh ~ 10%. peratusan kadar atau bilangan mengikut peratus. seratus satu ratus; 100. ~ peratus a. 100%. b. semuanya. perseratus dibahagikan dgn seratus. seperseratus satu dibahagikan dgn seratus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rangkai | susunan atau kaitan beberapa benda yg telah dihubungkan atau dikaitkan. ~ hati kekasih. ~ kata kelompok beberapa kata. berangkai 1 dlm keadaan bersambung atau berhubungan: Syarikat besar mempunyai perniagaan ~ yg menjual pelbagai jenis barangan. 2 mempunyai kaitan atau hubungan dgn yg lain: Kejadian itu ~ dgn kegiatan penyeludupan yg berlaku. berangkai-rangkai, berangkaian bersambung-sambung; berkait-kait: Huruf Jawi ditulis ~. merangkaikan menghubungkan supaya berangkai-rangkai; mengaitkan: Awalan spt ber-, me-, ter- dirangkaikan dgn kata yg mengikutinya. rangkaian 1 sesuatu yg bersambung-sambung atau yg berangkai-rangkai: ~ bunga bunga yg disambung berangkai-rangkai. 2 kumpulan berbagai-bagai karangan (sajak dll); deretan kejadian atau peristiwa: ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturut-turut. 3 hubungan susunan kata (huruf, ayat dsb). 4 kumpulan beberapa simbol atau angka yg menyatakan sesuatu jumlah (spt 3xy2). 5 ist sistem komputer yg saling bersambung dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain. berangkaian mempunyai rangkaian: Perniagaan itu ~ dgn perniagaan rakan niaga lain. perangkaian proses atau perbuatan merangkaikan sesuatu, spt sistem. perangkai sesuatu yg merangkaikan atau yg menghubungkan. serangkai sama atau satu rangkai. menyerangkaikan menjadikan serangkai: Dia ~ buah manggis itu sepuluh-sepuluh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jumlah | 1 campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar; jawapan drpd mencampurkan beberapa bilangan: Berapa ~nya jika 6981 dicampurkan dgn 1007? 2 banyaknya; bilangan: ~ anggota dlm persatuan itu ialah 300 orang. berjumlah mempunyai jumlah; banyaknya sekalian yg ada: Anak muridnya ~ 42 orang. menjumlah membuat hitungan campur: Dia sudah pandai ~ dan mendarab. menjumlahkan mencampurkan beberapa bilangan menjadi satu: Selepas ~ undi itu, didapati banyak orang yg tidak mengundi. terjumlah 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. sejumlah 1 sebanyak; banyaknya: Kerajaan telah mengeluarkan wang ~ dua juta ringgit utk projek itu. 2 sebahagian; sebilangan: ~ besar sebahagian besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |