tabuh | tabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal; akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya prb jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya; menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll); tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu; penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabuh | 1 gendang besar yg dipalu utk tujuan tertentu; gendang raya; beduk. 2 bunyi beduk utk memberi isyarat: ~ panjang itu memberitahukan khabar bahawa ada orang yg meninggal. menabuh memalu atau memukul tabuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beduk | sj gendang besar (di surau atau di masjid); tabuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beduk | sj gendang besar di surau, masjid, dll, tabuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beduk | sj gendang besar (di surau atau di masjid); tabuh. | Kamus Pelajar |
memukul | 1. mengenakan sesuatu yg keras atau berat dgn kuat, memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dll: kepalanya dipukul dgn besi paip; ~ beduk (gendang, genderang, tabuh, tambur, dll) membunyikan beduk dll dgn pemalu; 2. ki melanggar, menempuh, mengalahkan, menyerang, dll: apabila ia datang ~ Tanah Jawa maka mereka pun hendaklah menyerta bersama-sama dr darat; perahunya terbalik dipukul ombak Laut Kalzum; bersinar-sinar bercahaya dipukul cahaya bulan bersinar-sinar bercahaya ditempuh cahaya bulan; 3. ki mengambil (mendapat) untung banyak-banyak, mengecoh, menipu: ini bukan menolong tetapi ~ namanya; 4. ki memakan atau membunuh (dlm permainan catur): tidak dapat ~ kuda; 5. ki = memukulkan ark Id memperbanyakkan, mendarabkan, mengalikan: belajar membahagi dan ~; dua dipukulkan dgn tiga; ~ besi menempa besi; ~ cap mengecap; ~ gambar mengambil gambar, memotret; ~ gamelan (canang, gong, sarun, dll) memainkan gamelan dll; ~ kawat Id berkirim telegram; ~ ‘knock-out’ meninju sehingga langsung kalah; ~ meja mengetuk meja; ~ mundur menyerang (musuh) hingga mundur; ~ musuh menyerang (mengalahkan) musuh; ~ rata(kan) menjadikan rata-rata, menyamaratakan; ~ roboh meninju sampai roboh; ~ telefon bp bertelefon; ~ telur (dll) mengacau telur (supaya hancur dan naik); dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu prb Mn serba salah dlm sesuatu pekerjaan yg sangat sulit (dikerjakan berbahaya, tidak dikerjakan pun berbahaya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabal | beduk atau tabuh yg dipalu ketika merasmikan penobatan raja; nobat: memalu ~. bertabal, = naik ~ menaiki takhta kerajaan. menabalkan merasmikan menjadi raja; menobatkan: Dlm tahun 1865, Raja Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Perak. pertabalan perbuatan atau hal bertabal. penabalan perbuatan menabalkan; penobatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tabal | beduk atau tabuh yg dipalu ketika merasmikan penobatan raja; nobat: memalu ~. bertabal, = naik ~ menaiki takhta kerajaan. | Kamus Pelajar |
geduk | Tr beduk, tabuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabal | 1. sj beduk atau tabuh yg dipalu ketika raja dinobatkan, nobat; 2. majlis merasmikan (merayakan) penobatan atau kemahkotaan raja: setelah sudah ~ maka menteri hulubalang sekaliannya menjunjung duli; bertabal = naik ~ naik takhta kerajaan: orang besar-besar menjunjung duli pd hari ~; menabalkan 1. merasmikan (mengumumkan) menjadi raja, menobatkan: baginda hendak ~ putera baginda sbg ganti; 2. sl mengarak (surat dll) dgn upacara, membawa dgn arak-arakan: maka kata itu ditabalkan dibawanya turun ke perahu; pertabalan perihal bertabal; penabalan perihal menabalkan, penobatan: diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat menyediakan pancapersada dan berbagai-bagai lagi persiapan utk istiadat ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |