Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.ha.vio.ris.me] | بيهاۏيوريسمى

Definisi : (béhaviorisme) doktrin yg menekankan bahawa satu-satunya cara yg sah utk mengkaji psikologi manusia atau haiwan adalah dgn memerhatikan tingkah lakunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata behaviorisme


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
behaviorisme(béhaviorisme) doktrin yg menekankan bahawa satu-satunya cara yg sah utk mengkaji psikologi manusia atau haiwan adalah dgn memerhatikan tingkah lakunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
behavioris(béhavioris) penganut behaviorisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangsangansesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas;Kamus Dewan Edisi Keempat
rangsangI 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4. (Bio) = perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; berangsang marah; merangsang 1. menyebabkan berasa rang­sang: di dapur bau daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt ke­ghairahan, keberanian, kemarahan, dll), me­nimbulkan sesuatu perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan ilustrasi yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~ hati panas hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah lakunya itu; terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan spt itu; rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; perangsangan perihal merangsang; perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas