tempoh II | (témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, berpakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memerhati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bekerja kuat | bekerja keras (sungguh-sungguh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dipupuhnya bekerja | Mn ia bekerja sekuat-kuatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piket | /pikét/ perbuatan tidak mahu bekerja serta mengajak orang lain supaya tidak bekerja atau menghalang orang lain drpd bekerja: Pagi tadi sekumpulan pekerja kilang itu telah mengadakan ~. berpiket menjalankan atau mengadakan piket. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
piket /pikét/ | perbuatan tidak mahu bekerja serta mengajak orang lain supaya tidak bekerja atau menghalang orang lain drpd bekerja: Pagi tadi sekumpulan pekerja kilang itu telah mengadakan ~ . berpiket menjalankan atau mengadakan piket. | Kamus Pelajar |
tempoh II | /témpoh/ 1 berhenti atau tidak bekerja utk sementara waktu: Tiada ~ ia bekerja. 2 berehat; beristirahat: Bolehlah ~ sebentar kalau letih. 3 tidak hadir bekerja, bersekolah dll; cuti kelepasan: Dia dpt ~ tiga hari. menempohkan menjadikan berhenti; memberhentikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hempas | campak, banting; ~ tulang berisi perut prb rajin bekerja dapat rezeki; ~ tulang tak berbalas jasa prb bekerja keras tanpa beroleh faedah; berhempas; ~-pulas bekerja keras (mati-matian), membanting tulang: mereka ~-pulas mencari sesuap nasi; berhempas-hempas campak-mencampak, banting-membanting: mereka bertangkaplah di dlm istana itu, ~, tunggang-langgang; menghempas 1. membanting, menjatuhkan (diri): ia ~ ke katilnya; 2. memukul (bkn ombak dll): ombak ~ pantai dgn keras dan tidak henti-hentinya; 3. menutup pintu, tingkap, dsb dgn melepaskannya dgn kuat: Hamid ~ pintu bilik utk menunjukkan kemarahannya; ~ tulang urat = ~ tulang empat kerat menggunakan tenaga (kekuatan) sendiri membanting tulang utk mengerjakan sesuatu; menghempaskan membantingkan, membuangkan, mencampakkan, menjatuhkan: dia ~ daun terup ke atas tikar; Ratna ~ badannya ke atas katil; terhempas terbanting, tercampak; hempasan 1. tempat ombak menghempas pantai (tempat yg dangkal); 2. perihal menghempas (bkn ombak), pukulan: ~ ombak yg sesekali itu menghanyutkan sampah yg terdapat di tepi pantai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buruh | orang yg bekerja utk mencari makan, pekerja: ramai orang India yg bekerja sbg ~; Kementerian B~; kaum ~ golongan pekerja; ~ kasar buruh yg lebih memerlukan tenaga fizikal drpd keupayaan mental dlm pekerjaannya; ~ mahir buruh yg mempunyai kepakaran khusus yg diperoleh drpd latihan profesional dlm bidang tertentu, mis jurutera; ~ paksa orang yg dipaksa melakukan kerja berat tanpa ganjaran yg sewajarnya; ~ separuh mahir buruh yg mempunyai kepakaran dlm bidang tertentu yg diperoleh drpd pengalaman bekerja dan atau latihan separuh profesional, mis jurukimpal;berburuhkan mempunyai, mengupah, atau menggunakan seseorang sbg buruh: sektor perladangan dan binaan terpaksa ~ orang asing;memburuh bekerja sbg buruh: siangnya dia ~, malamnya dia belajar bahasa Inggeris;buruhan upah memburuh; perburuhan 1. tenaga (usaha) buruh: membawa masuk orang India ialah satu jalan mengadakan ~ murah; 2. perihal buruh atau memburuh: perkara ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semang | ; anak ~ 1 orang yg bekerja pd orang lain (spt orang gaji); orang yg bekerja pd orang lain kerana terikat oleh hutang dll. 2 orang yg menumpang makan dan menumpang tempat tinggal. 3 orang yg diberi modal utk berdagang; orang yg menjual barang dagangan utk orang lain. induk ~ a. orang yg mengambil orang lain utk bekerja. b. orang yg memberi tumpangan (makan minum dll). c. orang yg memberikan modal utk berdagang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bekerja | membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |