Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanja 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
biaya1. belanja, ongkos (utk sesuatu): selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; 2. bantuan kewangan drpd kerajaan utk menutup sebahagian drpd perbelanjaan sesuatu pertubuhan dll; membiayai membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; membiayakan membelanjakan, mengongkoskan: maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu drpd mereka itu; biayaan (yg) dibiayai oleh: institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang; pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; pembiaya orang atau pihak yg membiayai: di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yg bertindak sbg pelindung, penaung, dan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengandakkan1. memen­dek­­kan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengandakkan1. memen­dek­­kan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengandak, mengandakkan 1. memen­dek­­kan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja;Kamus Dewan Edisi Keempat
andak IIark singkatan bagi pandak; mengandak, mengandakkan 1. memen­dek­­kan; ~ layar menggulung layar supaya jadi kecil; 2. mengurangi; ~ belanja mengurangi belanja; pengandak sesuatu yg digunakan utk me­ngan­dak­kan (memendekkan); tali ~ tali utk mengandakkan layar.Kamus Dewan Edisi Keempat
rincik1. keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil; wang belanja ~ wang utk belanja per­kara-perkara kecil (yg bermacam-macam); daging ~ daging yg dipotong halus-halus atau yg kecil-kecil; 2. baki, pinjul; merincik memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil): ~ pinang.Kamus Dewan Edisi Keempat
angkutan1. barang-barang yg diangkut. 2. ist belanja mengangkut barang-barang dagangan. ~ keluar belanja mengangkut barang jualan kpd pembeli. ~ masuk belanja mengangkut barang-barang yg dibeli.Kamus Pelajar
belanja1 wang yg digunakan utk sesuatu tujuan: Perayaan menyambut Hari Kebangsaan itu telah memakan ~ yg besar. 2 = ~ pasar, = wang ~ wang yg digunakan utk keperluan sehari-hari: Saya menggunakan sepuluh ringgit saja utk ~ sehari. berbelanja 1 membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2 mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. membelanjai mengeluarkan belanja utk seseorang; membiayai: Sewaktu saya bersekolah dahulu, abang sayalah yg ~ saya. membelanjakan mengeluarkan atau menggunakan wang utk sesuatu tujuan: Dia ~ wangnya utk pendidikan anak-anaknya. perbelanjaan 1 cara atau kaedah mengeluarkan wang; hal berbelanja. 2 apa-apa yg dibelanjakan: ~nya tiap-tiap bulan cuma dua ratus ringgit saja. pembelanjaan perbuatan, hal dsb membelanjai atau membelanjakan. pembelanja orang yg suka berbelanja. belanjawan anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
belanja1. wang utk membeli (membayar) sesuatu: kerajaan telah banyak mengeluarkan ~ utk kebajikan masyarakat; 2. wang utk keperluan sehari-hari (utk membeli bahan makanan dll): barang kemasnya dijual utk dijadikan ~; 3. wang yg dibayar sbg upah atau gaji atas khidmat seseorang: ~ bidan; 4. bp = berbelanja membeli barang-barang: ia sedang ~ di pasar; 5. bp = membelanjai; ~ dapur a) = ~ hangus pemberian drpd pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan (walinya dll) utk biaya perkahwinan; b) = ~ pasar = wang ~ wang utk membeli bahan makanan hari-hari; ~ hidup wang utk membeli barang keperluan hidup; ~ mati ark gaji yg telah ditentukan; ~ pos wang utk membiayai perbelanjaan mengirimkan sesuatu melalui pos; ~ terakru (Eko) perbelanjaan yg telah berlaku tetapi belum dibayar dan belum direkodkan pd akhir tempoh perakaunan; berbelanja 1. membeli barang-barang (utk keperluan rumah tangga): mereka ~ utk persiapan Hari Raya Puasa; 2. mengeluarkan wang (utk membayar dll): bukannya sedikit kerajaan ~ utk sekolah-sekolah;membelanjai 1. mengeluarkan wang utk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara: siapa yg ~ adiknya jika ia tiada di sini? 2. = belanja mengeluarkan wang utk orang lain bukan sbg tanggungjawab tetapi hanya utk suka-suka atau utk merapatkan perhubungan (dgn rakan-rakan, adik-beradik, dll): dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang ;membelanjakan mengeluarkan wang utk sesuatu keperluan: sedang dibuat rang undang-undang bkn dgn hal ~ wang negara; belanjaan Jw 1. benda-benda yg dibeli (di pasar dll); 2. berbelanja; perbelanjaan perihal berbelanja: kerana banyak membeli buah-buahan dr luar negeri, ~ makin meningkat; segala rang undang-undang dan ~ wang haruslah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan; pembelanja orang yg suka berbelanja (biasanya secara boros).Kamus Dewan Edisi Keempat
memakan1. makan (dgn lebih aktif): mereka pun duduk ~ sarapan pagi; 2. me­merlukan atau menghabiskan (waktu, belanja, dll), mengambil: ini tentulah ~ belanja lebih drpd satu ribu ringgit; pelayaran itu ~ masa selama lapan minggu; 3. merosakkan, mem­binasakan, memusnahkan: rumah itu dima-kan api; pisau itu dimakan karat; 4. memati­kan (dlm permainan catur dll): hampir dima-kannya raja saya; dimakan akal masuk akal; dimakan pakaian cocok benar padanya (pakaian); dimakan tikus bp digelapkan (di­gunakan) wang dll; dimakan tua bp telah lama hidupnya, sudah tua;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas