Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum cukup

Puisi
 

Meranti kayulah meranti,
     Mari dirintis beri bertali;
Belum dapat belum berhenti,
     Di dalam hati berani mati.


Lihat selanjutnya...(116)
Peribahasa

Walaupun ada umpan,
     belum tentu ada ikan.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
separuh mahirbelum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir;Kamus Dewan Edisi Keempat
kurang umurbelum cukup umur, belum mencapai umur yg ditentukan (utk sesuatu);Kamus Dewan Edisi Keempat
berkemaltidak atau belum cukup kering (bkn kain dll), agak basah, lembap.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemaltidak atau belum cukup kering (bkn kain dll), agak basah, lembap.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkemal-kemaltidak atau belum cukup kering (bkn kain dll), agak basah, lembap.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggung II1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah per­tengah­an bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak men­cukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, ber­ke­wajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, me­nang­gung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; mempertanggungjawabkan 1. memberi­kan jawaban dan menanggung segala akibat­nya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasa­bah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd me­­mikulkan tanggungjawab (kpd), membe­ban­kan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama diper­tang­gungjawabkan oleh agama utk melaksana­kan segala perintah Tuhan; kebertanggungjawaban perihal (sifat) ber­­­tanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; pertanggungjawaban 1. perihal bertang­gungjawab; 2. sesuatu yg dipertanggung­jawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat kita; penanggungjawab orang yg bertanggung­jawab.Kamus Dewan Edisi Keempat
separuh mahirbelum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menerajuimemegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad­biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional;Kamus Dewan Edisi Keempat
arang batu mudaarang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong;Kamus Dewan Edisi Keempat
kurang1 tidak cukup atau belum cukup jumlahnya (ukuran, takat dll) yg tertentu: Wangnya ~ utk membeli basikal. 2 lebih rendah jumlahnya apabila dibandingkan dgn yg lain (bkn hasil padi, pendapatan dll): Hasil padi tahun ini ~ drpd tahun sudah. 3 tidak berapa baik (maju, sihat dll): Saya tidak bekerja hari ini kerana badan saya ~ sihat. 4 tidak lengkap atau tidak sempurna; cacat; cela: Apa dipandang kpd saya, rupa tiada bahasa pun ~. ~ adat tidak sopan; biadab. ~ ajar tidak berbudi bahasa; buruk budi pekertinya. ~ akal bodoh; agak gila. ~ hati tidak berminat utk membuat sesuatu. ~ tenaga tidak mempunyai tenaga atau kekuatan yg cukup utk bekerja dll. berkurang menjadi kurang; beransur sembuh (bkn penyakit dll): Bilangan calon yg mengambil peperiksaan itu ~. Demamnya ~ setelah ia makan ubat. mengurangi menjadikan kurang: Sikap berdolak-dalik akan ~ kepercayaan orang ramai terhadapnya. mengurangkan menyebabkan jadi kurang; menyusutkan: Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan utk ~ kemalangan yg berlaku di jalan raya. memperkurang menjadikan lebih kurang (drpd yg asal). kekurangan 1 keadaan atau hal kurang; keadaan tidak mencukupi: ~ vitamin C dpt menyebabkan penyakit beri-beri. Kerja itu terpaksa ditangguhkan kerana ~ pekerja mahir. 2 sesuatu yg kurang: Walaupun dia kelihatan sempurna, tetapi masih ada ~ pd dirinya. 3 mengalami atau berada dlm keadaan sesuatu tidak mencukupi atau kurang drpd yg diperlukan: Mereka ~ bekalan makanan. pengurangan perbuatan atau hal mengurangkan; penyusutan. sekurang-kurangnya paling kurang; tersedikit; serendah-rendahnya: Tiap-tiap pemohon bagi jawatan tsb hendaklah mempunyai kelulusan ~ Sijil Rendah Pelajaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas