Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pelangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
benang rajapelangi;Kamus Dewan Edisi Keempat
bianglalaJk pelangi, benang raja.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelangi I1. cahaya yg melengkung dan ber­macam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacam-macam; 3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warna­nya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
teja I(téja) 1. awan merah atau kekuning-kuningan yg kelihatan di kaki langit sebelah barat (ketika matahari masuk); 2. ark pelangi, bianglala, ula danau, ula daru, benang raja; ~ keluang cahaya terang yg nampak di langit selepas hujan ribut; ~ membangun teja yg tegak.Kamus Dewan Edisi Keempat
benang1. tali halus drpd kapas, sutera, dll yg digunakan utk menjahit atau menenun; 2. = ~ skru geligir berpilin pd skru; ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu); ~ emas benang berupa dawai halus yg berwarna spt emas utk menyulam atau menenun; ~ mentah benang yg belum dipintal; ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas; ~ pakan benang pd torak tenun; ~ pancarona benang yg berwarna macam-macam; ~ raja pelangi; ~ sari a) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga); bagai ~ dilanda ayam prb kusut masai; menegakkan ~ basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam; sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;berbenang 1. mempunyai benang; 2. mempunyai benang skru;membenang 1. merupakan benang; 2. ki tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan; 3. = membenangkan membuat benang skru;pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);pembenang (Kej) alat utk membuat benang skru.Kamus Dewan Edisi Keempat
jurai1. jalur (kain dll) yg panjang, lajur: rangka bentuk dibuat drpd ~ besi tuang yg tebalnya ”; 2. ikat benda yg terjuntai (spt benang, rambut, dll); 3. susunan yg berturut-turut, rangkaian: Haeckel telah menyelidiki ~ keturunan alam haiwan; ~ keturunan raja-raja; ~-jemarai jatuh bertitik-titik: hujan panas ~-jemarai; berjurai 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); menjurai Kl memotong (kuih dll) dgn memanjang; juraian sesuatu yg terjuntai: dia merengus dan jemarinya menyirati ~ rambut separas bahu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pakan Ibenang tenun yg melintang (dlm kek), lwn benang lungsin; berpakan mempunyai (memakai) pakan: kain dibaja yg ~ emas; maka diambilnya kain raja yg ~ emas itu dipakainya; memakankan 1. memasukkan benang pakan pd kain yg ditenun; 2. menggunakan sesuatu sbg benang pakan pd tenunan; pakanan barang apa yg dipakankan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gelang1 apa-apa yg berbentuk bundar spt cincin. 2 barang perhiasan yg biasanya dibuat drpd logam berharga dan dipakai pd lengan atau pd kaki. ~ bajang gelang yg dibuat drpd benang hitam sbg tangkal. ~ kana gelang emas yg kosong di dalamnya dan dipakai pd pangkal lengan oleh raja-raja atau pengantin. ~ keroncong gelang kaki yg berloceng kecil-kecil. ~ kunci gelang yg digunakan utk menggantung anak kunci. ~ mayang gelang yg halus-halus (kecil) yg dipakai banyak-banyak. ~ tahunan lapisan atau bulatan (yg kelihatan pd batang kayu jika dipotong secara melintang) yg menunjukkan tebalnya atau banyaknya pertumbuhan dlm masa satu tahun. gelang-gelang 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. menggelang 1 membuang kulit di keliling batang atau di bahagian pokok yg hendak ditut supaya akar akan tumbuh pd bahagian itu: Langkah pertama dlm usaha mengetut pokok adalah ~ bahagian pokok yg hendak ditut itu. 2 membuang kulit di keliling pangkal pokok supaya pokok itu mati. menggelangi 1 memasang gelang atau sesuatu spt gelang pd; memberi bergelang: Ani ~ tangannya dgn getah. 2 melekat atau berupa spt gelang pd: Sebuah jam tangan emas ~ tangannya. menggelangkan menggunakan, memakai atau menjadikan sesuatu sbg gelang: Dia ~ getah itu ke tangan anaknya. gelangan tempat atau bekas yg digelang (pd pokok). pergelangan 1 = ~ kaki bahagian kaki dekat buku lali. 2 = ~ tangan bahagian lengan sebelah bawah dekat dgn sendi tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
asal1 yg mula-mula (sekali): Warna ~ kereta itu putih. Tempat ~ orang-orang Negro di Amerika ialah Afrika. 2 pangkal permulaan; tempat yg mula-mula: Dr manakah ~ orang itu? ~ mula yg mula-mula (sekali); ~ usul asal keturunan; susur galur. 3 sebab atau keadaan yg mula-mula: ~ kapas menjadi benang, ~ benang menjadi kain. 4 biar: Buatlah kerja dgn sungguh-sungguh, jangan ~ ada saja. 5 = ~ saja, = asalkan dgn syarat; hanya apabila ...; kalau: Engkau boleh pergi ~ kerjamu sudah selesai. 6 = ~ saja, = asalkan supaya: Biar lambat ~ selamat. berasal 1 bertempat asal; datang drpd: Agama Hindu ~ drpd India. 2 berketurunan drpd: Mereka mengaku ~ drpd Raja Iskandar Zulkarnain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pisang Isj tumbuhan (pokok dan buahnya) yg bermacam-macam jenisnya, Musa spp.; jenis-­jenisnya: ~ embun, ~ batu, ~ biji, ~ benggala, ~ emas, ~ nangka, ~ raja, ~ susu, ~ tanduk dll; ~ benang (manila) = ~ tali sj pokok pisang yg seratnya dibuat benang atau tali; anak ~ Mn panggilan atau gelaran kpd anak drpd keluarga sebelah bapa; jantung ~ bunga pisang; pucuk ~ daun pisang yg muda sekali; spt ~ rebah ki mendiamkan diri dgn tidak bergerak­-gerak atau berkata-kata; ~ sesikat sengkuap; ~ ditanam tak berjantung prb usaha yg tidak memberi hasil yg dimaksudkan; ~ masak separak prb satu keluarga yg hidup berbahagia; ~ sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama prb sahabat (keluarga dll) yg hidup setia dan sentiasa bertolong-tolongan; ~ tak akan berbuah dua kali prb sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pd masa akan datang: bagai rasa batang ~ prb amat sejuk (badan); bukan budak-budak makan ~ prb seseorang yg tidak mudah ditipu atau diperdayakan; mencari ~ gala tiada butir Kl menunggu ketibaan sesuatu yg tidak munasabah; mendapat ~ terbuka (terkubak) prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; mengenalkan diri bagai ~ lebat prb beroleh bencana kerana keangkuhan diri; menopang ~ yg tak berbuah prb mengerjakan sesuatu yg tidak memberi hasil.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas