Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar;

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mesra1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
memurnikanmembersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu benar-benar diper-gunakan utk ~ rohani manusia;Kamus Dewan Edisi Keempat
sejarah1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. me­nyejarah menjadi sbg sejarah; me­rupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli se­ja­rah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
diraja1 yg benar-benar berdarah raja; yg sah (bkn raja): Raja yg ~ raja yg benar-benar (sah). 2 gelaran kehormatan kerana sesuatu itu dinaungi (dimiliki, disukai, sesuai utk) raja: Askar Melayu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
padu I1 tidak hancur atau tidak berongga; pejal lagi tumpat keadaannya: Gelangnya dibuat drpd emas ~. 2 telah benar-benar menjadi satu (bkn benda-benda yg dicampurkan); telah benar-benar sebati. 3 teguh dan kuat; kukuh: pasukan yg ~. berpadu 1 bercampur menjadi satu; menjadi sebati benar: Zat besi mudah ~ dgn oksigen. 2 bergabung dlm satu pasukan atau kesatuan: Seluruh rakyat Malaysia ~ menentang penjajahan. 3 bercampur dgn; bergaul: Suka dan duka ~ mengharukan hati. memadu 1 mengaduk atau mengadun sesuatu supaya benar-benar bercampur: Ibu sedang ~ telur dgn tepung utk membuat kuih. 2 meleburkan dan mencampurkan supaya menjadi satu (bkn logam): ~ perak dgn tembaga. 3 menggabungkan supaya menjadi satu; menyatukan: Kita perlu ~ tenaga utk mempertahankan negara kita drpd serangan musuh. 4 membuat perjanjian dll dgn sungguh-sungguh; menguatkan janji dll: ~ janji. 5 mencari-cari utk mengetahui cocok tidaknya; menyesuaikan; memadankan: ~ pakaian; ~ pendapat. paduan sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. kepaduan hal atau keadaan padu; kesatuan. perpaduan keadaan atau hal berpadu; persatuan: Dia tidak mahu menjadi orang yg memecahbelahkan ~ umat Islam. pemaduan perbuatan atau hal memadu: Air terjadi drpd ~ oksigen dan hidrogen.Kamus Pelajar Edisi Kedua
panikcemas (takut, bimbang, gelisah dsb) yg datang dgn tiba-tiba: saya benar-benar ~ ketika itu; kadangkala kita mudah ~ apabila diarah menyiapkan sesuatu projek dgn segera; kepanikan 1. perasaan atau keadaan panik (cemas): ~ benar-benar mencengkamnya; ~ jelas terbayang di wajahnya; 2. mengalami perasaan panik, dlm keadaan panik: orang tua yg ~ itu telah bergegas melarikan diri ke dlm belukar; nampaknya dia ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pandai berundanganMn a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat; b) pandai berbicara;Kamus Dewan Edisi Keempat
pandai berundanganMn a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat; b) pandai berbicara;Kamus Dewan Edisi Keempat
berundangan; pandai ~ Mn a) mengerti benar (memahami benar-benar) tentang adat; b) pandai berbicara;Kamus Dewan Edisi Keempat
yakinpercaya benar; tidak syak lagi: Saya ~ akan kejujuran orang itu. Saya ~ bahawa usaha kita akan berhasil akhirnya. berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh. meyakini percaya benar-benar akan sesuatu: Kami belum dpt ~ kisah yg engkau ceritakan itu. meyakinkan 1 melihat dgn mata kepala sendiri supaya yakin; menyaksikan: Ia hendak ~ sama ada perkara itu benar-benar berlaku atau tidak. 2 menyebabkan atau menjadikan yakin: Keterangan drpd ketiga-tiga orang saksi ~ tuan hakim bahawa yg dituduh itu tidak bersalah. keyakinan kepercayaan yg sungguh-sungguh; kesungguhan: Dia menjalankan tugasnya dgn penuh ~. berkeyakinan mempunyai keyakinan; benar-benar percaya: Ia ~ bahawa perempuan itu sudah bersuami.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas