benih | 1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit: padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan benih; 2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh): sperma atau benih jantan; benih cacar; 3. punca, sumber: pelajaran ialah benih kemajuan; 4. keturunan daripada: benih orang bangsawan; 5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit: benih kemesraan; benih yang baik tak memilih tanah = jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya; asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dlm mengerjakan pekerjaan yang baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanamkan | menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah patah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memesatkan | 1. menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percambahan | perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menabur | 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penabur | 1. orang yg menabur (bunga, benih); 2. alat utk menabur sesuatu (spt baja, benih dsb): ~ baja; ~ benih; 3. peluru kecil-kecil, kacang-kacang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampang IV | Mn 1. biji buah dll yg akan ditanam atau disemai, benih, bibit; ~ cacar ark benih cacar; 2. keratan tumbuhan utk dijadikan benih: ambil ~ tebu itu dan tanamkan di belakang rumah; 3. ki asal usul, pokok pangkal (drpd sesuatu), punca (drpd sesuatu): inilah ~ segala kejahatan; 4. ki bakal manusia atau binatang (di dlm rahim ibu), lembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuahi | mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuahi | mencampurkan benih jantan dgn benih betina; mensenyawakan. | Kamus Pelajar |
percambahan | perihal bercambah (bkn biji benih): ~ biji benih dipercepat dgn bantuan haba. | Kamus Pelajar |