reka bentuk | /réka bentuk/ corak atau bentuk sesuatu yg direka. mereka bentuk membuat reka bentuk sesuatu (spt kereta, rumah). pereka bentuk orang yg membuat reka bentuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
reka bentuk | (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~ kapal terbangnya yg pertama; mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll); pereka bentuk orang yg mereka bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuntuman | bentuk-bentuk kuntum: pakaian biru bertaburan dgn ~ bunga-bungaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sandi | (Lin) ubah suaian bunyi pd bentuk-bentuk tatabahasa yg digandingkan, boleh berupa elipsis, pemendekan, dll (mis hala + laju = halaju, se + orang = seorang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penginterpretasian | perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu, pentafsiran: bentuk-bentuk logik ini merupakan ~ makna yg masih berada pd tahap yg longgar dan kabur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesemestaan | keadaan semesta: yg termuat di dalamnya bentuk-bentuk intelektual dlm darjah ~ yg lebih kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paleontologi | (paléontologi) kajian tentang fosil haiwan, tumbuhan, dan bentuk-bentuk hidupan purbakala. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkai | beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata dasar; se~ pantun serangkap pantun; ~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata; berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut: huruf Rumi dituliskan ~; banjaran gunung yg ~; merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; menyerangkaikan menjadikan serangkai; rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tugas penuh dlm ~nya masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untaian lambang atau angka yg menyatakan suatu jumlah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilangan benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harapan; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg berhubungan antara satu sama lain: satu ~ kedai; satu ~ pemasaran yg dapat menyelaraskan keluaran; berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain; perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu (spt sistem dsb); perangkai yg merangkaikan (menghubungkan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berawalkan | bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peniup kaca | orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |