Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[béo] | بيو

Definisi : (béo) sj burung yg dapat diajar bercakap beberapa perkataan, tiung;membeo meniru perkataan (cakap) orang lain: jangan engkau ~ orang sahaja;pembeo orang yg membeo (meniru orang lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beo


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
beo(béo) sj burung yg dapat diajar bercakap beberapa perkataan, tiung;membeo meniru perkataan (cakap) orang lain: jangan engkau ~ orang sahaja;pembeo orang yg membeo (meniru orang lain).Kamus Dewan Edisi Keempat
burung beoId a) tiung; b) orang yg bercakap menurut kata orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
burung beosj burung yg dapat diajar bercakap beberapa perkataan, tiung;Kamus Dewan Edisi Keempat
burung I1. binatang berbulu, berkaki dua, bersayap (biasanya dapat terbang), unggas: ~ berkik; ~ dara; ~ gereja; ~ hantu; 2. ki kemaluan laki-laki (biasanya dipakai utk kanak-kanak); ~ bedil Kl pelatuk (alat penjentik peluru); ~ beo Id a) tiung; b) orang yg bercakap menurut kata orang; ~ pemangsa burung yg makan binatang lain; (bagai) ~ serindit dikatakan kpd orang yg memakai pakaian yg sangat hijau; ~ timang Kl anak kesayangan; ~ gagak itu jikalau dimandikan dgn air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya prb orang yg sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi; ~ terbang dipipiskan lada prb belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya; ~ yg liar jangan dilepaskan, khabar yg mustahil jangan didengarkan prb jangan dipercayai khabar yg tidak diketahui dgn sah kebenarannya; dengarkan cerita ~, anak di pangku dilepaskan prb meninggalkan urusan sendiri utk mengurus hal orang lain; harapkan ~ terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan prb kerana mengharapkan keuntungan besar yg tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan; ibarat ~, mata lepas badan terkurung prb walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan; ibarat ~, mulut manis jangan dipakai prb kata yg manis-manis selalu mengandungi semu (orang yg bodoh lekas terpengaruh olehnya); kuat ~ kerana sayap prb tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri; laksana ~ diam dlm sangkar prb hal seseorang yg tiada bebas; membadai ~ atas langit, merendah diharap jangan prb janganlah mengharap-harap benda yg susah didapat itu; satu sangkar dua ~ prb dua orang perempuan memperebutkan seorang laki-laki; umpama ~, tumpang beramai kawan yg banyak prb orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;burung-burungan burung buatan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas