beragama | 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beragama | 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak berdasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beragama | 1. menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2. mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. | Kamus Pelajar |
Islam | agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg wajib diamalkan oleh setiap umat Islam; ~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama; mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~; pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Keling pelikat | orang India yg beragama Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orang Serani | a) orang yg beragama Kristian; b) orang peranakan drpd bangsa Eropah dgn bangsa Asia (Eurasian); c) sl orang Portugis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang Selam | a) orang yg beragama Islam; b) orang Melayu (Indonesia). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Muslim | Ar orang (lelaki) yg beragama Islam; memuslimkan 1. menjadikan sesuatu bercirikan Islam: serba-serbi mesti dimuslimkan, dibersihkan di dalam dan di luar; 2. menjadikan seseorang Muslim; kemusliman ketinggian darjat seseorang sbg orang Muslim: ~ seseorang insan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Keling pelikat | orang India yg beragama Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masuk Islam | menjadi orang yg beragama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |