Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berahi

Puisi
 

Bunga pandan dalam serahi,
     Indera berarak ke Padang Temu;
Betapa tuan dendam berahi,
     Bila gerangan hendak bertemu.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berahi1. perasaan cinta atau kasih yg amat sangat: Apabila melihat gadis yg cantik itu, maka timbullah ~ dlm hatinya. 2. sangat suka; sangat gemar: Ia sangat ~ mendengar muzik Melayu asli. memberahikan 1. menaruh rasa cinta atau berahi terhadap; mencintai seseorang dgn amat sangat: Banyak perempuan yg ~ Hang Tuah ketika ia di Majapahit. 2. mendatangkan rasa cinta yg amat sangat; membuat orang jatuh berahi: Senyumannya sungguh ~. keberahian rasa atau keadaan berahi.Kamus Pelajar
memberahikan1. menaruh rasa cinta atau berahi terhadap; mencintai seseorang dgn amat sangat: Banyak perempuan yg ~ Hang Tuah ketika ia di Majapahit. 2. mendatangkan rasa cinta yg amat sangat; membuat orang jatuh berahi: Senyumannya sungguh ~.Kamus Pelajar
ghairahkemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat.Kamus Pelajar
asmaracinta kasih; berahi: mabuk ~. berasmara bercinta-cintaan; berkasih-kasihan.Kamus Pelajar
keberahianrasa atau keadaan berahi.Kamus Pelajar
giurmenggiurkan menimbulkan rasa berahi; memberahikan: Senyumannya ~ hati.Kamus Pelajar
mengghairahkanmenimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita.Kamus Pelajar
edan/édan/ gila: ~ kasmaran gila berahi.Kamus Pelajar
bercintakan1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan.Kamus Pelajar
bercinta1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas