ramai | 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai, membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dikir | 1. ucapan (doa) utk memuji-muji Rasul, biasanya dgn berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi); 2. lagu atau nyanyian dgn berpantun yg dilakukan beramai-ramai; ~ barat Kl lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun; ~ jelotah sj tarian berserta dgn dikir beramai-ramai dlm upacara mengirik padi selepas menuai; berdikir mengucapkan puji-pujian kpd Rasul (dgn berlagu): datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya kerana hendak ~ maulud; ~ barat Kl bernyanyi (berlagu) dgn berpantun beramai-ramai; pendikir orang yg melagukan dikir; ® zikir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjemaah | 1 beramai-ramai; bersama-sama. 2 bersama-sama mengikut imam (bkn sembahyang): sembahyang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengiringi | 1 berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati: Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2 memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengarak | 1. mengiringi seseorang atau sesuatu beramai-ramai, menghantar (mengusung) beramai-ramai: esoknya disediakan perarakan utk ~ jenazah Raden Menteri ke istana; ~ pengantin; 2. sl bergerak terdahulu (dlm iringan), mendahului: bintang Timur ~ siang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiringi | 1. berjalan dsb beramai-ramai bersama seseorang utk mengawal dll; menyertai beramai-ramai utk menghormati:Beribu-ribu orang ~ jenazah beliau ke tanah perkuburan. 2. memainkan lagu dgn alat bunyi-bunyian ketika orang bernyanyi dll: Orkestra RTM telah ~ penyanyi itu. | Kamus Pelajar |
jemaah | 1 kumpulan orang beribadat: ~ haji rombongan orang naik haji. 2 orang ramai; perjumpaan ramai. ~ menteri kumpulan menteri yg dilantik utk mengendalikan kementerian masing-masing. berjemaah 1 beramai-ramai; bersama-sama. 2 bersama-sama mengikut imam (bkn sembahyang): sembahyang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arak II | ; berarak 1 berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2 bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. pengarak 1 orang atau sesuatu yg mengarak. 2 orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu. angin ~ hujan angin yg mendahului hujan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
arak II | berarak 1. berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2. bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. | Kamus Pelajar |
Jumaat | 1 hari yg keenam (dlm seminggu). 2 perhimpunan orang Islam; kumpulan beramai-ramai: sembayang ~ sembahyang berjemaah dua rakaat yg didahului dgn dua khutbah pd hari Jumaat pd waktu zuhur. 3 minggu; pekan; dua ~ dua minggu. berjumaat 1 berhimpun beramai-ramai. 2 bersembahyang Jumaat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |