berantuk | Kl tidur (nyenyak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berantuk | bersentuh (dgn); berlanggar (dgn): Kepalanya ~ dgn tiang. | Kamus Pelajar |
antuk | berantuk bersentuh (dgn); berlanggar (dgn): Kepalanya ~ dgn tiang. berantukan saling berantuk. mengantuk menyentuh; melanggar. mengantukkan melagakan atau melanggarkan sesuatu pd: Ia ~ kepala budak nakal itu ke tembok. terantuk tersentuh (pd); terlanggar (pd). | Kamus Pelajar |
langgar I | berantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. | Kamus Pelajar |
berantukan | saling berantuk. | Kamus Pelajar |
langgar I | berlanggar berantuk; berlaga: Sebuah bas telah ~ dgn sebuah van di Jalan Ampang pagi tadi. berlanggaran 1. berlanggar antara satu dgn yg lain: Kedua-dua kereta yg ~ itu telah rosak sama sekali. 2. bertentangan; bersalahan: Perbuatannya itu tidak ~ dgn adat resam kita di sini. berlanggar-langgaran serang-menyerang; saling menyerang. melanggar 1. merempuh; melanda: Keretanya yg terbabas telah ~ sebuah kedai runcit di tepi jalan. 2. menyerang; menyerbu: Askar-askar Belanda telah ~ kota Melaka. 3. menyalahi atau menentang undang-undang (peraturan, hukum dll): Dia telah dibuang kerja kerana ~ tatatertib bekerja. perlanggaran perihal berlanggar (bkn kenderaan, orang dsb):Dlm ~ itu, kedua-dua kenderaan yg terlibat telah musnah. pelanggaran 1. perbuatan atau hal melanggar; penyerangan; penyerbuan: ~ pihak musuh telah dpt dipatahkan. 2. perbuatan melanggar undang-undang (peraturan dll). pelanggar orang atau benda yg melanggar. | Kamus Pelajar |
kambing I | sj binatang mamalia spt domba atau biri-biri, Capra spp.; ~ benggala; ~ kacang; ~ kibas, dll; ~ benggala kambing besar (berbulu panjang); ~ gurun = ~ hutan sj kambing, Capricornis sumatrensis; ~ randuk menjadi ~ hitam ki orang yg dipersalahkan; senyum(-senyum) ~ senyum sedikit; spt ~ putus tali (pergi, lari) dgn cepat; ~ keramat prb orang yg ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya; anak ~ tak akan jadi anak harimau prb orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi berani (pandai); bagai ~ dlm biduk prb perihal orang yg ketakutan (tidak dapat berbuat apa-apa); bagai ~ harga dua kupang = menggelinjang bagai ~ berulat prb tidak senonoh perangainya, keanak-anakan; bagai ~ diseret ke air = bagai ~ dimandikan pagi prb perihal orang yg malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu; bagai ~ dijunjung prb jerit atau teriak orang yg sangat penakut; bagai ~ lepas ke parak prb dapat memilih apa sahaja pd tempat yg mewah dll; masuk kandang ~ mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb menyesuaikan diri dgn golongan yg dicampuri atau pd tempat seseorang itu berada; menanti pelir ~ terputus prb menantikan sesuatu yg mustahil sampainya; spt ~ dgn harimau prb orang yg lemah bertanding dgn orang yg kuat; spt ~ dikuliti hidup-hidup prb kesakitan yg amat sangat; umpama ~ kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi prb orang yg dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |