api I | 1 panas dan cahaya yg terjadi apabila sesuatu terbakar; nyala: ~ pelita. 2 panas yg kelihatan berwarna merah tetapi tidak bernyala: ~ rokok. 3 tenaga elektrik; karan elektrik: Rumahnya sudah siap tetapi air dan ~ belum disambungkan lagi. 4 ki perasaan marah, rindu, sayang dsb yg menjadi-jadi; semangat dsb yg meluap-luap: ~ perjuangan; ~ cinta. berapi ada apinya; mengeluarkan api: gunung ~. berapi-api 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. mengapi-apikan menaikkan semangat; mengobar-ngobarkan: Mereka ~ rakyat negeri itu supaya memberontak. perapian tempat api; keran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
api | 1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar: ~ kebakaran itu kelihatan menjulang-julang; 2. kepanasan (haba) yg digunakan utk memasak terutama drpd penunu dapur yg dinyalakan: letakkan kuali di atas ~; 3. kebakaran (biasanya diucapkan dlm keadaan cemas): “A~! A~!” Hamid berteriak; 4. bp elektrik: bil ~; 5. bp mancis api atau pemetik api (utk menyalakan rokok, cerut, paip, dsb); 6. ki sesuatu perasaan (spt marah, suka, rindu, cinta, dsb), semangat atau harapan yg meluap-luap di dlm hati (fikiran): ~ percintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya; meniupkan ~ perjuangan; ~ perkauman; ~ lancip Id api yg lebih panas drpd api biasa; ~ luka Id demam kerana luka; ~ neraka api seksaan dlm neraka; ~ itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb kejahatan yg kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum berbahaya; ~ kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi semasa kecil; ~ padam puntung berasap prb perkara yg telah selesai tetapi timbul kembali; ~ padam puntung hanyut prb Mn perkara yg sudah putus tidak ada sambungannya lagi; bagai ~ dgn asap prb tidak dapat dipisahkan; bagai rabuk dgn ~, asal berdekat menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa berbantahan; bermain ~ latur (letup) prb barang siapa yg melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak; bersuluh menjemput (minta) ~ prb bertanyakan sesuatu yg diketahui; di mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar prb setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya; di mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal prb di mana kita mati, di situlah dikuburkan; kalau tak ada ~, masakan ada asap prb tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal; meletakkan ~ di bumbungan prb sengaja mencari bahaya; spt ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb suatu marabahaya yg berlaku pd orang yg lemah, tidak berdaya menolaknya; spt ~ makan (dalam) sekam prb sesuatu yg berlaku dgn diam-diam; spt meniup ~ di atas air prb melakukan pekerjaan yg hampir tidak memberi harapan akan berhasil; spt rabuk dgn ~ prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu perkara hanya menanti peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan; sudah ke tengah makan ~ prb, Mn suatu perselisihan yg susah didamaikan; api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api; berapi 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; berapi-api 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn) bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi; mengapi menjadi spt api atau menyerupai api; mengapikan, mengapi-apikan menghasut (hasut): mereka ~ Hindun supaya melawan ibunya; memperapikan memanggang; perapian tempat menyalakan api utk memanaskan ruang, bilik dsb, pendiangan; pengapi orang yg mengapi-apikan orang atau pihak lain, penghasut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berapi-api | 1 berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2 marah sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berapi-api | 1. merah menyala (mata) kerana terlalu marah, berpendar-pendar, berkunang-kunang: matanya ~, hilang pertimbangan dr hatinya; 2. (dgn) berkobar-kobar, (dgn) bersemangat: saya juga berucap ~ menaikkan semangat perjuangan tuan-tuan; 3. marah sekali: cikgu ~ di sekolah tadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berapi-api | 1. berkobar-kobar; bersemangat: Ucapannya yg ~ itu menaikkan semangat sekalian yg hadir. 2. marah sekali. | Kamus Pelajar |
kobar I | terbakar dgn api yg marak; berkobar 1. bernyala besar, sangat marak (api): api yg ~ itu telah menghanguskan beberapa buah rumah; 2. ki bergolak atau bergelora (dlm hati): cintanya itu pd hari-hari yg berikut ternyata tambah ~; kembalilah harapannya ~ dlm dada; 3. berkecamuk, menghebat: peperangan yg ~; berkobar-kobar 1. bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api kebakaran dsb): air dipancurkan tidak henti-henti ke api yg ~ itu; 2. ki bergolak atau bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan hati dll), berapi-api, meluap-luap (bkn semangat, perasaan, dll): mendengarkan hal itu ~lah semangatnya lalu dgn segera ia menghunus khanjarnya; mengobarkan 1. membakar hingga marak (bernyala-nyala), menyalakan; 2. = mengobarngobarkan membangkitkan semangat hingga meluap-luap, menghebatkan (semangat dll): sajak-sajak yg menimbulkan cinta kpd tanah air dan yg ~ semangat kepahlawanan; kobaran nyala yg besar atau marak: dia menangis di tengah-tengah ~ api itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berapi | 1. mengandungi api, mengeluarkan api: puntung rokoknya masih ~; gunung ~; 2. ki menjadi semakin meluap-luap (bkn kemarahan, semangat, dsb): kemarahannya tambah ~; bergantung tiada bertali, bersalai tiada ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suami, belanja tiada diberikan tetapi tidak pula diceraikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bara | , = ~ api api yg masih ada pd arang atau pd kayu tetapi tidak bernyala. membara 1 menjadi bara; panas atau berapi spt bara. 2 ki bergelora dgn amat sangat; meluap-luap; berkobar-kobar: Di hati, ~ semangat ingin berjaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seruan | 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkobar | 1 bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api dll). 2 ki bergelora dgn amat sangat (bkn semangat, perasaan dll); meluap-luap; berapi-api: semangat perjuangan yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |