Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rasa
1. Dalam konteks pelbagai rasa
bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat,
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan fikir
( kira, ingat, agak, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
silu1 berasa agak malu atau berasa segan-segan: Dgn tidak ~-~ lagi, dia menghampiri gadis itu. 2 berasa sedih hati atau berasa pilu. menyilukan menyebabkan berasa silu atau sedih. ~ diri berperangai sopan sekali; berlaku sopan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
waswas1 (berasa) ragu-ragu; (berasa) bimbang: Saya ~ melepaskannya ke pekan. 2 (berasa) curiga. 3 (berasa) khuatir: Janganlah awak ~ terhadap janji saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gamang1 berasa tidak tetap hati, berasa bimbang atau ragu-ragu; berasa kekok: Ia ~ ketika bertikam-tikaman itu. 2 berasa takut atau ngeri kerana melihat ke bawah dr tempat yg tinggi; gayat: Semasa mula-mula saya naik kapal terbang dahulu, ~ juga rasanya, tetapi sekarang biasa saja. 3 berasa sunyi atau lengang: Sejak kematian ibunya, dia pun ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesal1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, keke­cewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
malu1 berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu: Saya ~ jika tidak lulus dlm peperiksaan nanti. 2 menaruh rasa hormat; berasa segan: Saya ~ pd mereka. 3 perasaan hina atau perasaan aib: Dia telah berbuat sesuatu utk menutup ~nya. bermalu menaruh perasaan malu. memalukan menyebabkan berasa malu; memberi malu: Kelakuannya sangat-sangat ~ kami. kemaluan 1 alat kelamin pd manusia (lelaki atau perempuan). 2 dlm keadaan malu; berasa malu. 3 rasa malu; rasa aib. 4 sesuatu yg memalukan; keaiban. kemaluan-maluan berasa sangat malu: Dia tunduk ~. pemalu orang yg sangat malu atau yg mudah berasa malu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesal hati1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
terharu1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana me­lihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terba­ring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meresan1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cem­buru (dengki, iri hati).Kamus Dewan Edisi Keempat
bimbang1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
resan= meresan 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cem­buru (dengki, iri hati).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas