bersih | 1 tidak ada sebarang kotoran; tidak kotor: Kita hendaklah sentiasa memakai pakaian yg ~. 2 tidak ada cela sedikit pun; suci (hati dsb); murni: Orang tua itu, sungguhpun tampak pendiam, tetapi hatinya ~. 3 tidak dicemari sesuatu; tidak bercampur dgn benda-benda lain; tulen: Langit kelihatan ~ tidak berawan. 4 sesudah ditolak belanja dll: Ia menerima gaji ~ sebanyak lima ratus ringgit sebulan. membersihkan membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu, mengemas dsb) supaya bersih: Pagi-pagi lagi ia sudah bangun dan terus ~ biliknya. kebersihan keadaan bersih: Tiap-tiap murid dikehendaki menjaga ~ tempat masing-masing. pembersihan perbuatan membersihkan: Abang saya bekerja di sebuah pusat ~ minyak. pembersih 1 orang yg membersihkan; pencuci: ~ jalan raya. 2 orang yg suka dan sentiasa menjaga kebersihan. 3 alat yg digunakan utk membersihkan sesuatu: Kain-kain yg kotor itu kemudian dimasukkan ke dlm mesin ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
redup | 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas (kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5. berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu pun ~; 7. sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup dan desau angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia menyahut dgn ~; ~-~ alang = ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit; meredup menjadi redup (tidak terang); meredupkan menjadikan redup, menyuramkan, dll; keredupan perihal redup: ~ petang menambahkan kesunyian di ladang itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
redup | 1 tidak terang (bkn cuaca); berawan (langit); agak mendung: Hari ini ~. 2 kurang cahayanya; suram (bkn mata, wajah dll). meredup menjadi redup: Wajahnya kian ~. meredupkan menjadikan atau menyebabkan redup. keredupan keadaan redup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
redup | 1 tidak terang (bkn cuaca); berawan (langit); agak mendung: Hari ini ~<./i> 2 kurang cahayanya; suram (bkn mata, wajah dll). meredup menjadi redup: Wajahnya kian ~. | Kamus Pelajar |
awan larat | a. awan yg kelihatan berpindah-pindah dibawa angin. b. sj ukiran, lukisan dsb yg coraknya berkait-kait. berawan dilitupi awan: Hari panas, langit cerah tidak ~. mengawan 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersih | 1. tidak ada sebarang kotoran; tidak kotor: Kita hendaklah sentiasa memakai pakaian yg ~. 2. tidak ada cela sedikit pun; suci (hati dsb); murni: Orang tua itu, sungguhpun tampak pendiam, tetapi hatinya ~. 3. tidak dicemari sesuatu; tidak bercampur dgn benda-benda lain; tulen: Langit kelihatan ~ tidak berawan. 4. sesudah ditolak belanja dll: Ia menerima gaji ~ sebanyak lima ratus ringgit sebulan. membersihkan membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu, mengemas dsb) supaya bersih: Pagi-pagi lagi ia sudah bangun dan terus ~ biliknya. kebersihan keadaan bersih: Tiap-tiap murid dikehendaki menjaga ~ tempat masing-masing. pembersihan perbuatan membersihkan: Abang saya bekerja di sebuah pusat ~ minyak. pembersih 1. orang yg membersihkan; pencuci: ~ jalan raya. 2. orang yg suka dan sentiasa menjaga kebersihan. 3. alat yg digunakan utk membersihkan sesuatu: Kain-kain yg kotor itu kemudian dimasukkan ke dlm mesin ~. | Kamus Pelajar |
awan | 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran; ~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-kemawan awan yg berkepul-kepul; ~ kerawang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg berpindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ telepok ukiran yg menyerupai bunga teratai; berawan diliputi awan: langit tidak ~;mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg terbang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, membumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemuncak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehendaki itu jauh ~, tak mudah tercapai;merawan berada di atas awan, setinggi awan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awan | wap air (seakan-akan asap rupanya) yg berkelompok-kelompok melayang di udara; mega: ~-gemawan berbagai-bagai jenis awan. ~ larat a. awan yg kelihatan berpindah-pindah dibawa angin. b. sj ukiran, lukisan dsb yg coraknya berkait-kait. berawan dilitupi awan: Hari panas, langit cerah tidak ~. mengawan 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |