berbantal | mempunyai atau menggunakan bantal: Adiknya tidur tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbantal | memakai bantal; ~ lengan a) menggunakan lengan sbg bantal; b) seketiduran, tidur bersama-sama dgn kekasih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergalang tanah | berbantal tanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkalang | bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergalang | 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantal I | 1 kain yg dijahit spt bentuk karung dan diisi dgn kapas dsb utk dijadikan alas kepala ketika berbaring atau utk tempat duduk: ~ golek (peluk) bantal bulat serta panjang; ~ seraga bantal bulat dan bersulam. berbantal mempunyai atau menggunakan bantal: Adiknya tidur tidak ~. berbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal: Pengembara itu tidur ~ lengan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galang I | benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll); ~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu; bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;menggalang 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat; galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang I | galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat; tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantal | 1. galang kepala atau alas tempat duduk yg dibuat drpd kain dijahit spt karung dan diisi dgn kekabu, sabut, span, dsb; 2. galang, alas (pd perkapalan); ~ budak sj penyakit pd perempuan yg baru melahirkan anak; ~ galang a) = ~ kepala bantal tempat meletakkan kepala apabila tidur); b) = ~ golek = ~ peluk bantal bulat yg panjang; ~ sandar bantal yg dipakai utk bersandar; ~ seraga bantal bulat yg bersulam; ~ suari bantal empat persegi berkerawang (sbg penghias); lepas ~ berganti tikar prb laki-laki yg berkahwin dgn saudara atau keluarga isterinya yg meninggal; mata tidur ~ berjaga prb perempuan yg berbuat jahat ketika suaminya lengah; orang mengantuk disorongkan ~ prb mendapat sesuatu yg diperlukan dgn tidak disangka-sangka;bantal-bantal 1. benda yg menyerupai bantal; 2. bantal kecil tempat jarum (peniti dll);berbantal, berbantalkan memakai bantal; ~ lengan a) menggunakan lengan sbg bantal; b) seketiduran, tidur bersama-sama dgn kekasih;membantalkan, memperbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal;bantalan benda yg menyerupai bantal (balak penghalang landasan kereta api), bantal-bantal, palang, sengkang;pembantal benda yg dipakai sbg penahan (lapik dll mis pd orang yg burut): ~ itu akan membesarkan burut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |