berbiji-biji | terasa keras spt biji yg banyak: Bahagian belakangnya ~ selepas digigit serangga itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbiji | 1 mempunyai biji. 2 spt ada biji; terasa keras spt biji: Dipegangnya bahagian lengannya yg ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbiji-biji | 1. mempunyai banyak biji (bkn buah): jambu batu ~ kecil; 2. spt ada biji: dia berasa tengkuknya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbiji | mempunyai biji (bkn buah): buah gajus ~ di luar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulas II | 1 isi buah yg berbiji, atau bergugus dan boleh dipisah-pisahkan (mis isi durian, nangka, limau): Dia makan beberapa ~ durian. 2 penjodoh bilangan utk isi buah atau bahagian buah yg berbiji-biji: se~ nangka; se~ limau. berulas ada ulasnya; dlm bentuk ulas: Isi buah itu ~-ulas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulas II | 1. isi buah, biasanya berbiji, yg bergugus-gugus dan boleh dipisah-pisahkan, mis buah durian, nangka, manggis, limau dan langsat: setiap pangsa durian itu biasanya mengandungi dua atau tiga ~ sahaja isinya; 2. penjodoh bilangan utk bahagian buah yg berbiji dll: lalu dipinta se~ nangka pd penghulu istana itu; beberapa ~ bawang; limau masak se~ prb kepandaian yg melebihi kepandaian saudara-saudaranya yg lain; berulas berbentuk atau menyerupai ulas: isi buahnya putih, ~, lembut dan manis; berulas-ulas timbul ketul-ketul yg menyerupai ulas (bkn otot badan dsb): daging pd bahagian lengannya kelihatan ~; badannya ~ kerana mengamalkan sukan angkat berat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesip | tidak berbiji atau terlalu kecil bijinya (ttg buah-buahan). mengesip menghisap-hisap buah (gula-gula dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kisip | tidak berbiji atau sangat kecil bijinya; ®kesip I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesip | tidak berbiji atau terlalu kecil bijinya (ttg buah-buahan). mengesip menghisap-hisap buah (gula-gula dsb). | Kamus Pelajar |
pil | ubat yg berbiji-biji dan biasanya ditelan bulat-bulat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |