berbini | (sudah) ada bininya; (sudah) bernikah (bagi orang lelaki saja): Dia masih belum mahu ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbini | (sudah) ada bininya; (sudah) bernikah (bagi orang lelaki saja): Dia masih belum mahu ~ lagi. | Kamus Pelajar |
beristeri | 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbini | mempunyai bini, sudah berkahwin (bkn laki-laki): sedangkan orang yg tiada berpekerjaan lagi ~, inikan pula engkau yg berpendapatan besar; apa sakit ~ janda, anak tiri boleh disuruh = elok ~ orang tua, perut kenyang pengajar dapat prb orang yg berkahwin dgn janda (perempuan tua) selalu manja pd isterinya (cemuh kpd orang berbini tua); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sutan | Mn 1. gelaran kaum bangsawan: berapa banyaknya orang Darat yg berbini di sini, jadi menantu S~-S~ dan Marah-Marah; 2. awal nama gelaran: sebenarnya ia bergelar S~ Baginda; bersutan; ~ di mata, beraja di hati membuat sekehendak hati; bersutan-sutan berasa megah atau sombong kerana kebangsawanannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bini | (kurang halus) perempuan yg dinikahi; perempuan yg menjadi pasangan hidup yg sah kpd seorang lelaki: ~nya baru saja meninggal. berbini (sudah) ada bininya; (sudah) bernikah (bagi orang lelaki saja): Dia masih belum mahu ~ lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sombong | tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah: hanya orang yg ~ dan bongkak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesarbesarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: jangan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka menyombong). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bini | (kurang halus) perempuan yg dinikahi; perempuan yg menjadi pasangan hidup yg sah kpd seorang lelaki: ~nya baru saja meninggal. berbini (sudah) ada bininya; (sudah) bernikah (bagi orang lelaki saja): Dia masih belum mahu ~ lagi. | Kamus Pelajar |
isteri | 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbing | 1. serpih pd tepi (pinggan mangkuk dll), rompes sedikit pd bahagian yg tajam (mata pisau dll), sompek: pahat itu hendaklah cukup keras supaya tidak mudah ~ matanya; 2. cabik yg dalam (bibir dll), terbelah: alangkah baik berbini ~, sungguh marah tertawa juga; 3. ki dibuat-buat (ketawa, senyum, dll): kemudian ia tertawa ~ mengejek; ~ melalui, retak melampaui garis prb kesalahan yg amat besar; ~ menitik patah mengimpal prb barang yg dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki; menyumbingkan menyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir pinggan, mata parang dsb): cara membasuh yg kasar boleh ~ pinggan dan cawan kaca yg dibasuh itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |