berbintikan | memakai sesuatu nama di belakang nama sendiri sbg nama ayah (bkn nama anak perempuan): Salasiah ~ ayah kandungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbintikan | mempunyai (memakai) nama seseorang (bapa angkat dsb) sbg nama ayah: Fatimah ~ bapa angkatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
binti | anak perempuan kpd: Aminah ~ Abdul Rahman. berbinti memakai nama ayah di belakang nama sendiri (bkn nama anak perempuan); dilengkapi kata binti dan diikuti nama ayah selepas nama sendiri: Nama pemohon itu tidak ~. berbintikan memakai sesuatu nama di belakang nama sendiri sbg nama ayah (bkn nama anak perempuan): Salasiah ~ ayah kandungnya. membintikan memberikan nama bapa kpd nama anak perempuan: Dia dibintikan Abdullah dan tidak nama ayah angkatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
binti I | 1. anak perempuan kpd (digunakan pd nama orang): Aminah ~ Abdullah; 2. bp nama ayah: susah nak memastikan sama ada dia itu lelaki ataupun perempuan sebelum mendengar bin ataupun ~nya; berbinti mempunyai binti: dia menulis namanya sahaja dgn tidak ~;berbintikan mempunyai (memakai) nama seseorang (bapa angkat dsb) sbg nama ayah: Fatimah ~ bapa angkatnya;membintikan memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak perempuan: setiap umat Islam yg mengambil anak angkat perempuan perlu ~ anak tersebut dgn nama bapa kandungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |