padi berat (dalam, lambat) | padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuah | ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbuah-buah | ki menjadi-jadi: ratap yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuah | 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuah | ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), Dissochaeta celebica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbuah | ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. | Kamus Pelajar |
padi I | 1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buahnya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk menggantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malaysia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebenarnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencampurkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnahlah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar berbuah | sj tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), Dissochaeta celebica. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi cerai | padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padi genjah | padi yg cepat berbuah, padi radin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |