bual | 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercakap-cakap | 1. berbual-bual, beromong-omong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbual-bual | 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegur | 1. = ~ sapa kata-kata yg diucapkan utk menyapa (mengajak berbual-bual, beramah tamah, dll): terlalu baik budi bahasanya lagi dgn ~ sapanya; 2. = ~ ajar kritikan, nasihat, petunjuk, tunjuk ajar: barang ~ ajar mereka itu tidak dilalui baginda; bertegur = ~ sapa = berteguran saling menyapa, sapa-menyapa, berbual-bual: dua hari kami tidak ~; dia bangun dr kerusinya dan ~ sapa dgn teman-temannya; berteguran dahulu maka berkenalan, mendaki dahulu maka tahu lelah prb setelah dialami barulah diinsafi; menegur 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, mengkritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memper-ingatkan, menasihatkan, mengingatkan, menunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda bebal; 4. mengganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; meneguri menegur (seseorang), menyapa (seseorang); menegur-neguri Mn memeriksa orang sakit dgn menggunakan kunyit dll (utk mengetahui sebab-sebab penyakit); teguran 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg membina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringatan; keteguran 1. = ~ hantu sakit kerana diganggu hantu, kerasukan (hati dll); 2. ark termenung-menung kerana bingung dll, terkasima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengecek | 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menegur | 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, mengkritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memperingatkan, menasihatkan, mengingatkan, me-nunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda bebal; 4. mengganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengecek | 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengecek | 1. bercakap-cakap; berbual-bual:Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2. menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. | Kamus Pelajar |
berbual | 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegur | 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |