rabung | 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bohong | tidak sama dgn hal yg sebenarnya; tidak betul; dusta: Jangan suka bercakap ~. berbohong bercakap atau berbuat bohong: Saya tidak pernah ~. membohongi mengatakan sesuatu yg tidak benar kpd; mendustai: Dia diajar supaya tidak ~ sesiapa pun. membohongkan mengatakan (menganggap) bohong; menyangkal tuduhan dsb; menidakkan: Ia ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. kebohongan sesuatu yg bohong: ~nya itu ketahuan juga akhirnya. pembohongan perbuatan (hal dsb) membohongi atau membohongkan. pembohong orang yg suka berbohong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercakap rabung | bercakap besar (banyak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut riuh | bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceramah | 1. suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap; 2. ucapan membicarakan sesuatu perkara (spt bahasa, politik, dll), syarahan: ~ tentang bahasa menjadi suatu perhatian yg istimewa sekarang; berceramah memberi (menyampaikan) ceramah: ketika saya sampai, ia sudah ~; menceramahkan membicarakan sesuatu perkara, memberi ceramah mengenai: ia ~ masalah politik dunia; penceramah orang yg berceramah, pembicara: sebelum ~ sampai, masing-masing sudah duduk di tempatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengigau | 1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan, merepek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
igau I | ; mengigau 1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan, merepek; mengigaukan memimpikan sesuatu, mengigau dgn menyebut sesuatu: entah apa yg diigaukannya semalam; terigau-igau termimpi-mimpi: kecantikan dan kehalusan budi gadis itulah yg menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~ kepadanya; igauan 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan; igau-igauan dlm keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi masih lagi mengantuk; pengigau (orang yg) selalu mengigau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riuh I | bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk; meriuhkan menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana; keriuhan perihal riuh, kebisingan, kegemparan: orang dapat merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sapa | kata-kata yg dituturkan utk menegur (mengajak bercakap-cakap). menyapa mengajak bercakap-cakap; menegur: Gadis mana yg ~ kamu tadi? sapaan kata-kata utk menyapa; ajakan utk bercakap-cakap; teguran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mulut | 1 rongga atau lubang tempat gigi dan lidah; ruang tempat mengunyah makanan. 2 sesuatu yg rupanya spt mulut 1: ~ tempayan; ~ belanga. 3 percakapan: banyak ~ banyak bercakap; cerewet. ~ becok banyak bercakap dan membuat bising. ~ bedil lubang laras bedil. ~ bisa suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. ~ kotor suka mengeluarkan kata yg keji-keji. ~ murai orang yg sangat suka bercakap. ~ tempayan tidak dpt menyimpan rahsia. bermulut mempunyai mulut; berlubang spt mulut. ~ besar sombong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |