bercemburu | berasa cemburu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercemburu | berasa cemburu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercemburu | berasa cemburu. | Kamus Pelajar |
cemburu | 1 tidak senang melihat kelebihan orang lain; iri hati. 2 kurang percaya (kerana takut hilang atau diambil oleh orang lain); curiga: Ia ~ melihat suaminya bercakap-cakap dgn perempuan lain. bercemburu berasa cemburu. mencemburui 1 berasa iri hati kpd (terhadap). 2 menaruh syak atau curiga terhadap; mencurigai; mengesyaki. mencemburukan menimbulkan rasa cemburu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cemburu | 1. tidak senang melihat kelebihan orang lain; iri hati. 2. kurang percaya (kerana takut hilang atau diambil oleh orang lain); curiga: Ia ~ melihat suaminya bercakap-cakap dgn perempuan lain. bercemburu berasa cemburu. mencemburui 1. berasa iri hati kpd (terhadap). 2. menaruh syak atau curiga terhadap; mencurigai; mengesyaki. mencemburukan menimbulkan rasa cemburu. | Kamus Pelajar |
cemburu | 1. iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll); 2. kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll), curiga: hatinya berasa ~ apabila melihat isterinya bercakap-cakap dgn temannya; 3. hati-hati atau berjaga-jaga (kerana takut kesucian adat, agama, dll dikotori atau dinodai): mereka menjaga adat resam mereka dgn perasaan ~; ~ buta cemburu tanpa sebab atau cemburu membuta tuli; bercemburu berasa cemburu; mencemburui 1. iri hati akan; 2. mencurigai, mengesyaki; 3. menjaga: orang Melayu sangat kuat berpegang pd agama dan ~ agama mereka; mencemburukan 1. iri hati (akan seseorang atau sesuatu): apa benar yg dicemburukan oleh mereka itu; 2. menimbulkan cemburu (iri hati, curiga, syak wasangka); cemburuan 1. = bercemburuan saling cemburu; 2. iri hati; kecemburuan 1. perihal cemburu; 2. kecurigaan, syak; pencemburu (orang yg) bersifat cemburu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |