bercengkerama | 1 pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2 bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercengkerama | 1. sl pergi (berjalan-jalan) utk bersuka-suka (bersenang-senang, bertemasya, dll); 2. bercakap-cakap (berbual-bual, bersenda gurau, dll) utk berseronok: gadis itu sudah dibiarkan oleh orang tuanya berhandai-handai, bersenda gurau, dan ~ dgn agak bebas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercengkerama | 1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Kamus Pelajar |
bercumbuan | saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih-kasihan dll), bercengkerama: ia berjumpa dgn sepasang merpati yg sedang asyik ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercumbu-cumbuan | 1. = bercumbuan saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih-kasihan dll), bercengkerama: ia berjumpa dgn sepasang merpati yg sedang asyik ~; 2. berjenaka, berkelakar, bersenda gurau: orang masih ~ juga di dekat puadai, terutama anak-anak gadis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercumbu-cumbu | 1. = bercumbuan saling berbalas kata-kata manis, pujuk-memujuk (sewaktu berkasih-kasihan dll), bercengkerama: ia berjumpa dgn sepasang merpati yg sedang asyik ~; 2. berjenaka, berkelakar, bersenda gurau: orang masih ~ juga di dekat puadai, terutama anak-anak gadis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercinta-cintaan | 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cengkerama | 1 perjalanan utk bersuka-suka atau bersiar-siar. 2 percakapan atau senda gurau utk bersenang-senang atau bersiar-siar. bercengkerama 1 pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2 bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercinta-cintaan | 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercinta-cintaan | 1. saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2. bercengkerama; bercumbu-cumbuan. | Kamus Pelajar |