bercinta-cintaan | 1 saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2 bercengkerama; bercumbu-cumbuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercinta | 1 menaruh perasaan cinta atau berani. 2 menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercinta-cintaan | 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercinta | 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercinta-cintaan | 1. saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2. bercengkerama; bercumbu-cumbuan. | Kamus Pelajar |
bercinta | 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. | Kamus Pelajar |
asmara | cinta, kasih, cinta berahi; bermain ~ bercinta-cintaan, bercumbu-cumbuan; berasmara 1. bercinta-cintaan, berkasih-kasihan: mereka sedang mabuk ~; 2. bercumbu-cumbuan; keasmaraan 1. jatuh cinta, dlm percintaan, kasmaran; 2. asmara, cinta berahi: angkatan muda yg masih hijau dan gila ~ sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berasmara | bercinta-cintaan; berkasih-kasihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berasmara | bercinta-cintaan; berkasih-kasihan. | Kamus Pelajar |
bercan | bp bercinta, berkasih: sedang anak tuk penghulu tidak berani ~ dgn anaknya, ini pula saya, sekolah Melayu sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |