berdada-dadaan | berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendada | 1. = berjalan ~ berjalan dgn membusungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) seorang lawan seorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dada I | 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; membusungkan ~ ki membanggakan diri, memperlihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputusan; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut dikempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn membusungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) seorang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (hadapan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |