damping I | 1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatannya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~; berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apabila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), menghampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (mengasingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; mendampingkan 1. meletakkan (mendudukkan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow; kedampingan ark kerapatan, kekariban (perhubungan dsb), keeratan; perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya. pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal; pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan nasihat, semangat, panduan dsb): kedudukan wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan dsb utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi linguistik atau kebahasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdamping | , berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepil | berdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat; mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; mengepilkan 1. menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini; terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
damping | dekat; hampir; karib: Dua orang sahabat itu amat ~. berdamping 1 berada dekat (dgn); berdekat; berapat-rapat: Dia ~ dgn adiknya semasa menonton televisyen. 2 bergaul; bercampur: Jangan sekali-kali ~ dgn orang jahat. berdampingan 1 berada dekat dgn; berdekatan; berhampiran: Mereka berjalan ~. 2 bersama-sama; bergandingan: Bangsa-bangsa asing hidup ~ dgn bangsa Melayu di Malaysia ini. mendampingi mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu. mendampingkan membuat (meletakkan dll) supaya berdekatan; merapatkan: Kanak-kanak itu ~ boneka kpdnya. perdampingan keadaan berdamping: ~ dua sahabat itu semakin hari semakin rapat. pendamping orang yg sering mendampingi seseorang, biasanya yg dpt memberikan nasihat, panduan, manaikkan semangat dsb. ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi kebahasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
damping | dekat; hampir; karib: Dua orang sahabat itu amat ~. berdamping 1. berada dekat (dgn); berdekat; berapat-rapat: Dia ~ dgn adiknya semasa menonton televisyen. 2. bergaul; bercampur: Jangan sekali-kali ~ dgn orang jahat. berdampingan 1. berada dekat dgn; berdekatan; berhampiran: Mereka berjalan ~. 2. bersama-sama; bergandingan: Bangsa-bangsa asing hidup ~ dgn bangsa Melayu di Malaysia ini. mendampingi mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu. mendampingkan membuat (meletakkan dll) supaya berdekatan; merapatkan: Kanak-kanak itu ~ boneka kpdnya. perdampingan keadaan berdamping: ~ dua sahabat itu semakin hari semakin rapat. | Kamus Pelajar |
kepil | ; berkepil-kepil bersusun rapat antara satu dgn yg lain (yg satu di sebelah yg lain); berdampingan rapat: Pd setiap hari minggu, banyaklah perahu, sampan dan motobot yg berlabuh ~ di kuala. mengepil rapat atau berhampiran dgn: Pergi ke mana pun, anak itu sentiasa ~ ibunya. Di pelabuhan itu, kelihatan beberapa buah kapal berlabuh ~ dermaga.mengepilkan 1 meletakkan (membawa) sesuatu rapat dgn; mendampingkan: ~ perahu ke tebing. 2 melekatkan sesuatu pd yg lain: Dia ~ sekeping gambar pd borang permohonan itu. terkepil 1 terletak berdamping dgn atau rapat dgn. 2 terlekat (dgn sesuatu, spt gam) pd sesuatu yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepil | berkepil-kepil bersusun rapat antara satu dgn yg lain (yg satu di sebelah yg lain); berdampingan rapat:Pd setiap hari minggu, banyaklah perahu, sampan dan motobot yg berlabuh ~ di kuala. mengepil rapat atau berhampiran dgn: Pergi ke mana pun, anak itu sentiasa ~ ibunya. Di pelabuhan itu, kelihatan beberapa buah kapal berlabuh ~ dermaga. mengepilkan 1. meletakkan (membawa) sesuatu rapat dgn; mendampingkan: ~ perahu ke tebing. 2. melekatkan sesuatu pd yg lain: Dia ~ sekeping gambar pd borang permohonan itu. terkepil 1. terletak berdamping dgn atau rapat dgn. 2. terlekat (dgn sesuatu spt gam dsb) pd sesuatu yg lain. | Kamus Pelajar |