Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdesak, mendesak


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
desak IIbunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan, keresek-keresek; berdesak, mendesak berbunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berdesak, mendesak berbunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
desak; berdesak berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. berdesak-desakan berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. mendesak 1 mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2 menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3 hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4 menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5 penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6 mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~nya supaya terus memencilkan diri. terdesak 1 terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2 tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak, dia tidak pernah datang ke rumah. 3 terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. desakan 1 permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2 tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3 dorongan (yg kuat): Dia belajar sungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. pendesakan perbuatan atau hal mendesak. pendesak orang yg mendesak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
desak I; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring ke­rana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menun­tut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses mem­buat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan men­desak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta se­suatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
desakberdesak berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. berdesak-desakan berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. mendesak 1. mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2. menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3. hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4. menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5. penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6. mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~ nya supaya terus memencilkan diri. terdesak 1. terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2. tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak dia tidak pernah datang ke rumah. 3. terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. desakan 1. permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2. tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3. dorongan (yg kuat): Dia belajar bersungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. pendesakan perbuatan atau hal mendesak. pendesak orang yg mendesak.Kamus Pelajar
asak; berasak berdesak-desak kerana sangat banyak orang di sesuatu tempat; berhimpit-himpit; berjejal-jejal: Orang ramai ~ hendak membeli tiket wayang. mengasak 1 mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2 menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. mengasakkan 1 memasukkan sesuatu dgn menekannya ke dlm bekas, sarung dsb: Ibu ~ kekabu ke dlm sarung utk dijadikan bantal. 2 menyorongkan (badan, diri) supaya dpt ke depan, ke luar dsb: Dgn susah payah, dia ~ diri agar dpt keluar dr dewan itu. asakan tolakan utk mengasak; desakan; himpitan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terak IIIpenuh sangat (air dll); berterak-terak, berterak-terakan berasak-asak (kerana penuh dll), berdesak-desak: mereka ~ menghampiri dinding istana utk melihat pertarungan antara dua hulubalang yg terbilang itu; menerak mengasak atau mendesak (supaya lulus).Kamus Dewan Edisi Keempat
asak;berasak berdesak-desak kerana sangat banyak orang di sesuatu tempat; berhimpit-himpit; berjejal-jejal: Orang ramai ~ hendak membeli tiket wayang. mengasak 1. mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2. menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. asakan tolakan utk mengasak; desakan; himpitan.Kamus Pelajar
asakpadat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;berasak 1. = berasak-asak = berasak-asak­an berhimpit-himpit dan bertolak-tola­kan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya; mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal: pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2. mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang ramai ~ ke hadap­an; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan: pertanyaan demi per­tanyaan ~ benak Matakob;diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat diubah lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi; mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu; asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~ orang ramai yg tidak keten­tuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas