beruncit-runcit | sedikit demi sedikit, berdikit-dikit, beransur-ansur: mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kpd semua peringkat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beruncit | ; beruncit-runcit sedikit demi sedikit, berdikit-dikit, beransur-ansur: mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kpd semua peringkat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ripai | Pr wang yg diturunkan secara berdikit-dikit oleh beberapa orang utk membeli sesuatu benda yg mahal, wang pakatan; meripai (berpakat) mengumpulkan wang berdikit-dikit utk membeli sesuatu benda yg mahal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ansur | ; beransur, beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; mengansur 1. melakukan (menyelesaikan) sesuatu sedikit demi sedikit (berdikit-dikit): ~ hutang; ~ kerja; 2. bergerak (mengengsot) maju perlahan-lahan atau sedikit-sedikit: mereka ~ ke depan; mengansuri ark membayar (hutang dll) dgn beransur-ansur; mengansurkan 1. memberikan sesuatu secara beransur-ansur, memberikan sesuatu sbg ansuran atau bayaran berdikit-dikit (utk menyelesaikan hutang dll); 2. menyorongkan ke hadapan; ansuran wang (bayaran) utk menyelesaikan hutang dll secara beransur-ansur, wang yg diansurkan: radio itu dibelinya dgn ~ RM30.00 sebulan; pengansuran perbuatan mengansurkan (hu-tang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdikit-dikit | 1 sedikit demi sedikit: Hartanya dikumpulkan ~. 2 berhati-hati atau berhemat (bkn wang dll): Dia membelanjakan wangnya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdikit-dikit | 1. sedikit demi sedikit: wangnya telah dikumpulkan secara ~; 2. berhemat, berhati-hati (bkn wang dll): mereka boleh hidup sederhana dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdikit-dikit | 1. sedikit demi sedikit: Hartanya dikumpulkan ~. 2. berhati-hati atau berhemat (bkn wang dll): Dia membelanjakan wangnya ~. | Kamus Pelajar |
berhemat | 1 berdikit-dikit (membelanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengerit | menggigit berdikit-dikit, mengerip, mengunggis (bkn tikus dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerip | menggigit berdikit-dikit (bkn arnab, tikus, dsb), mengerumit, mengunggis; binatang ~ binatang yg mengunggis atau mengerumit (mis arnab, tikus, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |