rentap | ; berentap beradu pengaruh, kebolehan, kekuatan dsb dgn hebatnya utk mencapai kemenangan dsb: empat belas orang peserta akan ~ utk merebut gelaran juara itu; berentap-rentap 1. tarik-menarik (dgn paksa), bertarik-tarikan; 2. ki beradu pengaruh atau kekuatan dsb (dgn hebatnya): akhirnya suatu pemilihan Ketua Kampung yg baru terpaksa dibuat, setelah Munir dan Suif ~; berentap-rentapan 1. saling merentap, tarik-menarik dgn paksa, bertarik-tarikan; 2. saling berlawan atau beradu pengaruh, kehebatan dsb: menjelang tahun 1957, cogan kata spt “Merdeka dgn Darah” dan “Biar Lambat Asalkan Selamat” ~ dgn “Merdeka secara Damai dgn Bertolak Ansur”; merentap menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; merentap-rentap menarik-narik dgn kuat atau paksa, merentap berulang kali: dia ~ kain yg tersangkut pd paku di dinding itu hingga koyak; dia segera ~ tali sbg isyarat; terentap terenggut, tersentak: siku dan umbi lengan dan umbi paha sudah tidak ~ spt muda-muda dulu; rentapan hasil merentap, sentapan: akhirnya dgn ~ kuat, beg itu terlepas juga dr pinggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berentap-rentap | 1. tarik-menarik (dgn paksa), bertarik-tarikan; 2. ki beradu pengaruh atau kekuatan dsb (dgn hebatnya): akhirnya suatu pemilihan Ketua Kampung yg baru terpaksa dibuat, setelah Munir dan Suif ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |