bererti | 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bererti | 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bererti | 1. mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2. ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3. berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. | Kamus Pelajar |
bermakna | 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pada I | 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keberertian | keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ultra- | (awalan yg bererti) teramat sangat; keterlaluan; berlebih-lebihan, mis ultra- moden. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
supra- | (awalan yg bererti) melebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan dsb; melampaui; melangkaui, mis supranasional. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
super- | (awalan yg bererti) lebih baik, lebih bermutu, lebih berkuasa dsb, mis superkomputer dan supersonik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pro- | (awalan yg bererti) setuju dgn; berpihak kpd: ~-Soviet; ~-Peking; ~demokrasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |