Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.lah] | برݢاله

Definisi : menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.lah] | برݢاله

Definisi : 1 mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2 menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergalah

Puisi
 

Laksamana mudik beredap,
     Bergalah sahaja perahunya tidak;
Laksana bunga dedap,
     Merah sahaja berbaunya tidak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Segan bergalah,
     hanyut serantau.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bergalah1 mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2 menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergalahmenggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bergalah1. mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2. menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit.Kamus Pelajar
lombol bergalahacara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn meng­gunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lompat (ber)galah.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertanggarbergalah ke mudik.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggar IIItanggar III Br; bertanggar bergalah ke mudik.Kamus Dewan Edisi Keempat
lombol(Suk) salah satu acara dlm gimnastik; ~ bergalah acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn meng­gunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lompat (ber)galah.Kamus Dewan Edisi Keempat
lompat (ber)galah(Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah;Kamus Dewan Edisi Keempat
lompat Iperbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permain­an kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rin­tangan yg dapat ditinggikan atau direndah­kan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan me­loncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, me­loncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, mener­kam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulut­nya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat.Kamus Dewan Edisi Keempat
galah1 tongkat panjang yg dibuat drpd buluh atau kayu dan digunakan utk menjolok buah-buahan dll: Buah cempedak di luar pagar, ambil ~ tolong jolokkan. 2 sj tombak atau lembing yg digunakan utk memburu babi hutan. ~ canggah galah yg bercabang hujungnya. ~ pancang (unjam) galah yg dipancangkan utk menambat perahu. ~ panjang permainan kanak-kanak yg dimainkan oleh dua pasukan di atas petak-petak yg bergaris di atas tanah (simen dsb). ~ sanggamara galah yg berkait hujungnya utk mengait perahu. bergalah 1 mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2 menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit. sepenggalah setinggi atau sepanjang galah. matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7–8 pagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas