pontang-panting | 1. bertaburan di sana sini, berselerak, kucar-kacir; 2. berlari tunggang-langgang (lintang-pukang); 3. berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, bangun tergesa-gesa; berpontang-panting berlari rebah bangun, rebah berguling-guling, pontang-panting; memontang-mantingkan 1. mengucar-ngacirkan, menyerak-nyerakkan; 2. mengguling-gulingkan, melempar-lemparkan, menghumbankan; terpontang-panting berlari tunggang-langgang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
guling | ; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek); berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat; berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek; bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya; terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~; terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berguling-guling | berguling berkali-kali; bergolek-golek: Ia ~ di tanah kerana hendak melepaskan diri drpd tebuan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berguling-guling | berguling berkali-kali, bergolek-golek; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berguling-guling | berguling berkali-kali; bergolek-golek: Ia ~ di tanah kerana hendak melepaskan diri drpd tebuan itu. | Kamus Pelajar |
terguling-guling | berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memupur | berguling-guling di atas tanah serta mengibas-ngibaskan kepak (bkn ayam, burung dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memupur | berguling-guling dan berkepak-kepak di tanah dll (ayam, burung); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjumpalitan | berguling-guling dgn kepala di bawah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergulingan | berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |